Page 143 - TATACARA PELAKSANAAN KURSUS KEUSAHAWANAN ONLINE (1)
P. 143
Bahagian Pengurusan Aset Dan Perolehan PK 2.1
(iv) Syarat-Syarat Am
(a) Dalam melaksanakan projek secara Reka dan Bina, syarat-
syarat am seperti berikut perlu dipatuhi:
(1) Mematuhi dasar dan peraturan perolehan Kerajaan
yang berkuat kuasa termasuk peraturan berkaitan
Industrialised Building System (IBS);
(2) MARA selaku jabatan bukan teknikal hanya
dibenarkan melaksanakan sendiri projek mengikut
had nilai dan kuasa yang ditetapkan. Pelaksanaan
projek secara Reka dan Bina hendaklah merujuk
kepada Jabatan Teknik (JKR/JPS);
(3) Tapak adalah bebas daripada sebarang halangan; dan
(4) Kelulusan Jawatankuasa Standard dan Kos di Unit
Perancang Ekonomi hendaklah diperolehi sebelum
tender dipanggil selaras dengan Surat Pekeliling Am
yang berkaitan yang dikeluarkan oleh Jabatan
Perdana Menteri dari semasa ke semasa.
(b) Memastikan semua kehendak pelanggan/pengguna telah
diambil kira dalam penyediaan Kehendak Kerajaan
(Government bagi mengelakkan berlakunya
perubahan dalam skop kerja semasa pembinaan.
(v) Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, Pusat boleh mendapat
keterangan lanjut dengan merujuk kepada:
Ketua Pengarah Kerja Raya
Ibu Pejabat JKR Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin
50582 KUALA LUMPUR
(u.p.: Pengarah Kanan, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan)
18. Garis Panduan Mengenai Pengurusan Perolehan Information
Telecommunication Technology (ICT) Kerajaan
(i) Peraturan Semasa Perolehan ICT
Perolehan ICT boleh dibahagikan kepada lima (5) proses utama
seperti berikut:
M.S. 78/132

