Page 146 - TATACARA PELAKSANAAN KURSUS KEUSAHAWANAN ONLINE (1)
P. 146
Bahagian Pengurusan Aset Dan Perolehan PK 2.1
disahkan penerimaan oleh MIMOS sebagai bukti. Jika
tiada maklum balas diterima oleh MARA dalam
tempoh tersebut, Pusat dibenarkan untuk melantik
sendiri perunding ICT yang berdaftar dengan
Kementerian Kewangan dan mempunyai kod bidang
yang berkenaan melalui kaedah semasa yang berkuat
kuasa;
(iii) Pusat hendaklah mengemukakan kepada MIMOS
maklumat lengkap seperti berikut:
• Ringkasan projek;
• Siling projek;
• Peruntukan tahunan; dan
• Jadual pelaksanaan projek.
(iv) Pusat juga digalakkan untuk melantik MIMOS
sebagai ahli teknikal kepada Jawatankuasa
Spesifikasi;
(b) Sekiranya Pusat yang bercadang untuk melaksanakan
perolehan aplikasi ICT, Pusat adalah digalakkan untuk
melaksanakan perolehan aplikasi tersebut daripada MIMOS.
MIMOS telah membangunkan aplikasi-aplikasi teknologi
berdasarkan beberapa kluster teknologi yang boleh diterima
pakai oleh Agensi Kerajaan. Pusat yang bercadang untuk
melaksanakan perolehan aplikasi ICT daripada MIMOS
adalah tertakluk kepada ketetapan seperti berikut:
(i) Pusat hendaklah memastikan spesifikasi aplikasi
yang ditawarkan oleh MIMOS sekurang-kurangnya
memenuhi keperluan spesifikasi minimum Agensi;
(ii) Jika spesifikasi aplikasi yang ditawarkan oleh MIMOS
memenuhi keperluan spesifikasi minimum M A R A ,
Pusat hendaklah mengguna pakai spesifikasi yang
ditawarkan oleh MIMOS dan melaksanakan proses
pelantikan syarikat berdasarkan tatacara perolehan
semasa yang berkuat kuasa. Pusat perlu melantik
M.S. 81/132

