Page 171 - TATACARA PELAKSANAAN KURSUS KEUSAHAWANAN ONLINE (1)
P. 171

Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan                                                   PK 2.1

                          c.  Alamat Sampul Surat

                                Dokumen Sebut harga hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut:

                                                                    PENGARAH
                                              BAHAGIAN PENGURUSAN ASET & PEROLEHAN
                                                    MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)
                                                TINGKAT 2 (KAUNTER TENDER), LOT 3.15,
                                               IBU PEJABAT MARA, 50609 KUALA LUMPUR


                          d.  Surat-menyurat

                                Penyerahan Dokumen Sebut harga ini hendaklah disertakan dengan satu Surat
                                Iringan (Covering Letter) yang mengandungi butir-butir seperti berikut:

                                a)  Nama syarikat, alamat, nombor telefon dan nombor faks.
                                b)  Nama pegawai yang diberi kuasa untuk dihubungi dan berkuasa membuat
                                    komitmen bagi pihak penyebut harga.

                                Surat  iringan  di  atas  hendaklah  dimasukkan  ke  dalam  Dokumen  Tawaran
                                Kewangan (SAMPUL A) sahaja.

                   4.  PERINGATAN

                           i.   Penyebut harga dilarang menggunakan/menyatakan Nama, Alamat dan Logo
                                Syarikat di dalam mana-mana bahagian Dokumen Tawaran Teknikal. Logo dan
                                Alamat Syarikat hanya perlu diturunkan/digunakan di atas Surat Iringan (Covering
                                Letter) dan bahagian-bahagian yang telah ditetapkan di dalam Dokumen Tawaran
                                Kewangan sahaja.

                           ii.   Sebarang  surat  pengesahan/sokongan/pengiktirafan  daripada  pihak-pihak
                                tertentu  hendaklah  dimasukkan  ke  dalam  Dokumen  Tawaran  Teknikal.
                                Penyebut  harga  hendaklah  memastikan  nama  syarikat  tidak  dizahirkan  di
                                dalam surat pengesahan/sokongan/pengiktirafan tersebut.


                          iii.   Sebut harga yang lewat dihantar tidak akan dipertimbangkan.


                          iv.   Sebut  harga  yang  tidak  lengkap,  tidak  mengikut  arahan  dan  tidak  teratur
                                akan ditolak.


                           v.   Kementerian tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran daripada penyebut
                                harga.  Keputusan mengenai sebut harga yang dikeluarkan adalah muktamad.
                                Sebarang surat-menyurat mengenai keputusan sebut harga tidak akan dilayan.


                          vi.   Mana-mana  penyebut  harga  yang  tidak  mengemukakan  dokumen  wajib,
                                tawaran penyebut harga akan ditolak pada peringkat awal penilaian.
   166   167   168   169   170   171   172   173   174   175   176