Page 169 - TATACARA PELAKSANAAN KURSUS KEUSAHAWANAN ONLINE (1)
P. 169
Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan PK 2.1
xi. Profil Syarikat Penyebut harga
Dokumen selain daripada yang dinyatakan di atas adalah dimasukkan
sebagai dokumen sokongan.
[ SAMPUL B ]
(B) Dokumen Tawaran Teknikal
Dokumen wajib dan format susunan bagi Dokumen Tawaran Teknikal yang
perlu disediakan adalah seperti berikut:
i. Mengemukakan serta menawarkan kesemua alatan.
ii. LAMPIRAN Q2: Spesifikasi Teknikal
iii. Katalog Asal untuk setiap peralatan
MANA-MANA PENYEBUT HARGA YANG TIDAK MENGEMUKAKAN DOKUMEN WAJIB,
TAWARAN PENYEBUT HARGA AKAN DITOLAK PADA PERINGKAT AWAL PENILAIAN
2. CARA MENYEDIAKAN DAN MENGEMUKAKAN DOKUMEN SEBUT HARGA
i. Semua dokumen iaitu Dokumen Tawaran Teknikal dan Dokumen Tawaran
Kewangan hendaklah diisi dengan lengkap dan tepat serta ditaip/dicetak dengan
kemas dan terang. Sebarang pindaan dan pembatalan di dalam borang atau
lampiran hendaklah ditandatangani ringkas oleh penyebut harga dan diberi tarikh.
ii. Semua dokumen hendaklah disediakan dalam Bahasa Melayu dan diserahkan dalam
:
i. Penyebut harga hendaklah mengemukakan Dokumen Kewangan dalam satu
(1) salinan sahaja.
ii. Dua (2) salinan bagi setiap dokumen Tawaran Teknikal dengan
menggunakan format seperti berikut:
a. Satu (1) salinan hendaklah ditanda “ASAL” pada penjuru atas sebelah
kanan;
b. Satu (1) salinan lagi ditanda dengan “SALINAN” pada penjuru atas
sebelah kanan.
a. Hanya Dokumen Teknikal Asal sahaja perlu dicop nama Penyebut harga
dan tandatangan.
b. Bagi salinan kedua tidak perlu dicop / dibuat penandaan nama syarikat

