Page 14 - SOROTAN SEJARAH HOSPITAL MELAKA
P. 14
ERA BRITISH : 1824 - 1957
Hospital Awam
Sebuah hospital awam didirikan di Banda Kaba. Hospital ini mempunyai tiga
buah wad yang terletak di tingkat atas. Jika dilihat lokasi sebenarnya hari ini
ianya adalah berdekatan dengan bangunan Jabatan kerja Raya dan Pejabat
Ukur. Akhirnya kedua-dua bangunan ini telah diubahsuai menjadi Bangunan
Tabung Haji.)
Pada tahun 1882, hospital ini telah dipindahkan ke Bandar Hilir yang
dahulunya hanya digunakan untuk kakitangan tentera sahaja.
Hospital Penjara
Berdasarkan kepada Laporan Lengkap Perbelanjaan Negeri-Negeri Selat 1886
dinyatakan tentang kewujudan hospital ini.
Bagaimanapun, tiada maklumat sepenuhnya mengenai hospital ini.
Berkemungkinan hospital ini telah didirikan di penjara lama yang terletak di
Bandar Hilir.
Apabila hospital ini dibina, banduan-banduan telah dipindahkan ke bilik
penjara di tingkat bawah Blok D

