Page 16 - SOROTAN SEJARAH HOSPITAL MELAKA
P. 16
ERA BRITISH : 1824 - 1957
Hospital Durian Daun
• Hospital mula beroperasi pada tahun 1883.
• Pada peringkat awal, hanya mempunyai dua buah wad sahaja iaitu satu wad untuk
pesakit-pesakit keturunan Eropah serta kakitangan kerajaan dan satu wad lagi untuk
kakitangan polis.
• Hospital ini telah diperbesarkan secara beransur-ansur sehingga mempunyai
sepuluh buah wad dengan muatan 400 buah katil.
• Setelah hampir lima abad hospital ini memberikan perkhidmatan kepada penduduk
Melaka, kerajaan telah memutuskan untuk mendirikan sebuah hospital yang lebih
besar dan moden.
• Tarikh 28 Jun 1934, merupakan hari terakhir untuk perkhidmatan di Hospital Durian
Daun.
• Bangunan hospital Durian Daun yang telah dikosongkan itu telah diubahsuaikan
menjadi Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka

