Page 21 - SOROTAN SEJARAH HOSPITAL MELAKA
P. 21
ERA BRITISH : 1824 - 1957
HOSPITAL BESAR MELAKA
Satu rancangan untuk membangunkan semula Hospital Durian Daun telah
dikemukakan oleh wakil-wakil tidak rasmi bagi negeri Melaka semasa mesyuarat
Majlis Perundangan diadakan pada 27 Ogos 1928. Yang Berhormat Encik Tan Cheng
Lock dan Yang Berhormat Encik H.E. Nixon mencadangkan pembinaan sebuah
hospital baru ditapak yang baru. Bukit Palah dipilih sebagai tapak yang baru.
Urusan jualbeli telah diadakan bagi pihak Kerajaan negeri-negeri Selat
Pelan untuk sebuah hospital yang boleh memuatkan seramai 650 pesakit dengan
anggaran perbelanjaan sebanyak $2,430,000.00 telah diluluskan.
Kerja – kerja pembinaan dimulakan pada akhir Oktober 1930 oleh Jabatan Kerja
raya.
Susunan dan penyediaan pelan bangunan hospital tersebut keseluruhannya
telah dibuat oleh Encik F. Dorrington Ward, seorang arkitek kerajaan pada masa
itu.

