Page 16 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 16

3     Scallop

             1  Murid lelaki meletakkan kedua-dua tangannya di aras dada manakala
                 murid perempuan memegang dan mengembangkan skirt.
             2  Murid lelaki dan perempuan akan melakukan pusingan lengkap,
                 iaitu 360°. Murid lelaki memulakan pusingan dari arah kiri dan murid
                 perempuan dari arah kanan sambil mengibaskan skirt.                  IMBAS QR
             3  Apabila kembali kepada kedudukan asal, murid lelaki akan berlutut      Pergerakan
                 dengan kaki kiri sambil menepuk tangan manakala murid perempuan        Scallop
                 mengibas  skirt. Selesai aktiviti ini, maka lengkaplah satu pergerakan
                 scallop ubah suai.

             1                              2                             3




















                   INFO EKSTRA


             Penari lelaki akan memakai pakaian waist-coat yang dikenali juga sebagai Bolero. Bahagian pinggang
             penari lelaki juga akan diikat dengan kain merah seperti reben yang panjang sehingga ke paras paha.


             Penari perempuan memakai gaun labuh dan blouse yg berenda dengan motif bunga atau berkilauan.
             Penari perempuan juga memakai skaf di kepala.
             (Sumber: Danker, M. L., 2017)




               KESELAMATAN
             Pastikan tarian dilakukan di kawasan yang lapang, rata dan bebas
             daripada sebarang objek yang boleh mengganggu pergerakan murid
             yang mungkin boleh menyebabkan kecederaan.
                                                                                Tarian Farapeirra




                    Apakah pergerakan yang anda fikirkan sesuai ditarikan mengikut rentak dan irama muzik
                    tarian Farapeirra yang dimainkan?



         8      SP    1.1.3, 5.2.1, 5.2.3
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21