Page 21 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 21

RAGBI SENTUH








 STANDARD
 KANDUNGAN

 ●  Melakukan kemahiran ragbi sentuh dalam
 situasi permainan.
 ●  Mengaplikasikan pengetahuan konsep
 pergerakan dan strategi dalam permainan
 ragbi sentuh.
 ●  Mematuhi dan mengamalkan elemen
 pengurusan dan keselamatan.
 ●  Menunjukkan keyakinan dan tanggungjawab
 kendiri semasa melakukan aktiviti.
 ●  Berkomunikasi dalam pelbagai cara semasa
 melakukan aktiviti.
 ●  Membentuk  kumpulan dan bekerjasama
 dalam kumpulan.
 ●  Memahami dan mengaplikasikan etika dalam
 sukan semasa melakukan aktiviti fizikal.





 ermainan ragbi sentuh memerlukan pemain menguasai kemahiran larian,
 pengendalian bola, mengelakkan diri daripada disentuh pemain pasukan
 Plawan serta menguasai kemahiran menyerang dan bertahan secara
 berpasukan. Setiap pasukan dalam permainan ini berpeluang untuk bergerak
 bersama-sama  dengan  bola dalam kawasan permainan sehingga salah seorang
 pemain dapat melakukan try dengan menyentuh bola di belakang garisan gol pihak
 lawan bagi mendapatkan mata.
    Pasukan bertahan hendaklah mempunyai strategi bertahan yang mantap supaya
 dapat menghalang atau mematikan pergerakan pasukan lawan untuk mendapatkan
 mata.  Pasukan bertahan perlu menyentuh pemain yang membawa bola dan
 pemain yang disentuh akan dikira mati. Dalam permainan ini juga, pemain-pemain
 akan menguasai kemahiran-kemahiran asas seperti menangkap dan menghantar.
 Penguasaan kemahiran asas ini dapat membantu pasukan mengaplikasikan strategi
 menyerang seperti tendang dan tangkap, hantaran silang, miss pass dan strategi
 bertahan seperti satu lawan satu serta strategi bertahan dalam kumpulan.



          Tendang dan Tangkap                   Satu Lawan Satu                    Hantaran Silang
 12                                                                                                13
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26