Page 170 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 170

Buli Siber


                 uli siber ialah tingkah laku seseorang atau kumpulan
                 individu secara berulang kali melalui media elektronik       Tahukah
          Bdengan mesej bermusuhan atau agresif bertujuan untuk
           menimbulkan kemudaratan atau ketidakselesaan pada orang                 Anda
           lain. Perbuatan buli siber boleh mengancam, memalukan atau
           menakutkan seseorang melalui medium elektronik seperti        Satu tinjauan yang
           aplikasi mesej teks (SMS), perbualan melalui talian, e-mel, laman   dikeluarkan oleh UNICEF
           web sosial, telefon bimbit atau permainan Internet.           & Setiausaha Agung Wakil
                                                                         Khas PBB (SRSG) mengenai
                              Jenis Buli Siber                           keganasan terhadap
                                                                         170,000 kanak-kanak,13-24
                     Mesej  bertujuan  untuk  mengganggu  atau           tahun di 30 negara telah
                     mengancam.                                          mendedahkan:
                                                                         è  1 daripada 3 golongan
                     Menyalahgunakan kata laluan dan foto milik             muda telah menjadi
                     orang lain.                                            mangsa buli siber.
                                                                         è   1 daripada 5 mereka
                     Menyebarkan foto, video dan memanjangkan               ponteng sekolah
                     e-mel kepada orang lain.                               disebabkan buli siber dan
                                                                            keganasan.
                                                                         è  Hampir tiga suku mereka
                     Memuat naik komen atau gambar tidak sopan              berkata rangkaian sosial
                     terhadap orang lain.                                    adalah tempat paling
                                                                             biasa untuk membuli
                     Memulaukan individu dalam sesuatu kumpulan              secara dalam talian.
                     Internet dengan sengaja.                            (Sumber: United Nation
                                                                         Childrens Fund (UNICEF)
                                                                         _________________________
                            Kesan Buli Siber
                                                                         Di Malaysia, lebih 5,000
           Diri                                                          responden menyertai kaji
           ◆  Mangsa akan menjadi resah, berasakan diri tidak berguna,     selidik mendedahkan:
               kemurungan serta marah dan rasa dihina.                   è  3 daripada 10 golongan
           ◆  Akibat kemurungan, mangsa akan ponteng sekolah kerana         muda menjadi mangsa
               malu. Perkara ini menyebabkan pelajaran merosot.             buli siber, mempengaruhi
           ◆  Dalam kes tertentu, mangsa yang tidak dapat menghadapi        pendidikan dan
                                                                            kehidupan sosial mereka
               tekanan akan mengambil jalan singkat untuk merisikokan diri.
                                                                         è  Dalam masa yang sama,
           Keluarga                                                        457 atau 9%
           ◆  Keluarga akan berasa malu untuk berhadapan dengan             mengaku menggunakan
               masyarakat sekeliling apabila foto, video dan e-mel yang     platform digital untuk
               melibatkan ahli keluarganya tersebar luas.                   mengganggu atau
           ◆  Ahli keluarga akan berasa tertekan apabila masyarakat dengan   membuli.
               sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman terlebih dahulu
               tanpa mengetahui cerita sebenar.                          è  63% tidak menyedari
                                                                            terdapat perkhidmatan
           ◆  Terdapat  ibu  bapa  yang  menyalahkan anak  mereka  yang     bantuan talian buli siber.
               menjadi mangsa buli siber.                                (Sumber: www.myhealth.gov.my)

       162     SP    7.1.1, 7.1.2
   165   166   167   168   169   170   171   172   173   174   175