Page 174 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 174

PEMAKANAN








                       STANDARD
                   PEMBELAJARAN

           ●  Menjelaskan maksud pengurusan diet seimbang
               dan sihat sepanjang hayat.
           ●  Mengaplikasikan kemahiran pengurusan diet
               seimbang dan sihat mengikut keperluan diri.
           ●  Menilai  kepentingan  pemilihan diet seimbang
               dan sihat sepanjang hayat.


















                 ejauh manakah kebenaran seseorang yang kurus memiliki
                 metabolisme yang tinggi, manakala seseorang yang obes memiliki
           Smetabolisme yang rendah?  Walaupun dua individu mempunyai
           berat badan yang sama, individu yang berotot mempunyai metabolisme
           yang tinggi berbanding individu yang mempunyai lemak. Kebiasaannya,
           kurus atau gemuk seseorang individu itu diukur dengan menggunakan
           Indeks Jisim  Tubuh. Berat badan bergantung kepada keseimbangan
           kalori yang diambil dengan kalori yang dibakar. Metabolisme ialah proses
           tubuh menukar makanan kepada tenaga. Ketika proses ini berlaku,
           kalori daripada karbohidrat, lemak dan protein bergabung dengan
           oksigen  untuk membebaskan  tenaga yang  diperlukan untuk  tubuh
           berfungsi. Remaja memerlukan makanan dan vitamin secukupnya untuk
           tumbesaran dan kesihatan berterusan. Antara inisiatif telah diambil
           Kementerian Kesihatan Malaysia seperti Program Pinggan Sihat Malaysia.
           Program ini bertujuan menyedarkan masyarakat agar mengambil
           makanan dalam kuantiti yang sewajarnya.






       166
   169   170   171   172   173   174   175   176   177   178   179