Page 188 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 188
Latihan Pengukuhan
1 Dalam situasi kecemasan yang berlaku, terdapat beberapa pendekatan yang boleh
digunakan sebagai langkah awal menyelamatkan mangsa kejadian bencana alam
sementara menantikan bantuan pasukan penyelamat tiba di tempat kejadian. Lengkapkan
jadual di bawah dan bincangkan jawapan anda bersama guru.
Situasi Langkah Bantuan awal Sebab dan Tujuan
Banjir
Gempa Bumi
Ribut
Tanah Runtuh
Tsunami
AKTIVITI PAK 21
2 Sekolah kamu akan menganjurkan satu pertandingan drama sempena Minggu Kesihatan.
Dalam kumpulan empat orang, sediakan drama lakonan isu-isu bencana alam.
180

