Page 80 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 80
PERMAINAN KATEGORI PUKUL
DAN MEMADANG: SOFBOL
STANDARD
KANDUNGAN
● Melakukan kemahiran sofbol dalam situasi
permainan.
● Mengaplikasikan pengetahuan konsep
pergerakan dan strategi dalam permainan
sofbol.
● Mematuhi dan mengamalkan elemen
pengurusan dan keselamatan.
● Menunjukkan keyakinan dan tanggungjawab
kendiri semasa melakukan aktiviti.
● Berkomunikasi dalam pelbagai cara
semasa melakukan aktiviti.
● Membentuk kumpulan dan bekerjasama
dalam kumpulan.
● Memahami dan mengaplikasikan etika
dalam sukan semasa melakukan aktiviti
fizikal.
ermainan sofbol memerlukan aplikasi
penyelesaian masalah dalam strategi
Pmemukul dan memadang. Pasukan
sofbol wanita Malaysia telah memenangi Pagar Home Run
pingat gangsa dalam temasya Sukan SEA di
Manila pada tahun 2019.
Permainan sofbol memerlukan kecekapan
setiap pemain membuat keputusan untuk Tapak 2
merealisasikan keberkesanan strategi memukul Kawasan Garisan Foul
dan memadang. Keperluan kecergasan Foul Tapak 1
yang tinggi sangat membantu pelaksanaan (Berganda)
kemahiran dalam permainan sofbol. Hal ini Tapak 3 Petak
akan dibincangkan secara terperinci mengenai Jurulatih
strategi yang boleh diguna pakai berdasarkan On-deck
circle
situasi permainan sebenar.
Pengadang belakang
72

