Page 126 - Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM
P. 126

Indahnya Negaraku

            Menulis

                    1. Analisis petikan dan kenal pasti kesalahan bahasa serta betulkan
                       kesalahan tersebut.
             Aktiviti  2.  Jelaskan kejituan dan kesinambungan idea dalam perenggan.
                    3.  Jelaskan sebab-sebab kesalahan yang dikenal pasti.





                                                    Cuti-cuti Borneo

                                Sarawak dan Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan adalah
                                antara tempat percutian yang menarik di Malaysia. Kedua buah
       8                        negeri ini serta Wilayah Persekutuan Labuan terkenal dengan tempat
                               pelancongan seperti hutan hujannya yang lebat dan pantai yang cantik
       TEMA                   serta bangunan bersejarah. Dengan begitu banyak tarikan dengan
                             budaya yang kaya dan warisan bersejarah, berikut adalah antara tempat
                            menarik di Borneo yang perlu dikunjungi oleh anda.

     Melancong Mencari Makna  01                                  Pantai Damai terletak sekitar
                                                                                       02






                                                                  35 kilometer dari pusat bandar
                                                                  Kuching dan merupakan antara
                                                                  tempat menarik di Sarawak
                                                                  yang utama dengan pantai yang
                                                                  mempunyai hutan hujan dan
                                                                  Gunung Santubong sebagai latar
                                                                  belakangnya, anda akan merasa
                                                                  kagum dengan keindahan tempat
               Kampung     Budaya   Sarawak    ialah              ini.
               satu-satunya muzium hidup yang
               memberi penghormatan kepada setiap
               suku kaum yang terdapat di Sarawak.
               Pengunjung berpeluang untuk melihat
               budaya   dan   gaya  hidup   mereka
               di sini. Antaranya Iban, Bidayuh, Penan,
               Melanau, Orang Ulu, Melayu, dan
               Cina. Selain daripada itu, terdapat juga
               persembahan kebudayaan yang akan
               dipersembahkan dua kali sehari.


         102
   121   122   123   124   125   126   127   128   129   130   131