Page 144 - Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM
P. 144
Cabaran Usahawan
C!;, , .1r.1 11 I
Pengukuhan
Baca bahan dengan menggunakan teknik bacaan yang sesuai untuk mengenal
pasti masalah. Kemudian, cadangkan langkah penyelesaian.
Aktiviti
9 Saudagar Burung Walit
TEMA Aku hampir gagal. Cukup aku beritahu bahawa kegagalan itu kerana rumah burung walit
tersebut tidak disinggahi burung walit sejak dibina. Puncanya tidak lain kerana perakam
suara burung walit dan kemudahan bekalan elektrik. Dalam diam aku mengakui betapa
ceteknya ilmu pengetahuan aku tentang bidang ini. Situasi yang amat perit, mengecewakan,
Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan
dan mengundang putus asa menyebabkan aku hampir gulung tikar. Bukan mudah untuk aku
meraih keyakinan jawatankuasa pemilihan di agensi kewangan ketika ingin mendapatkan
bantuan modal. Bersungguh-sungguh aku berhujah bahawa akulah bumiputera yang
berupaya mendepani cabaran dalam bidang ini.
Ternyata matahari tidak selalunya cerah. Faktor persaingan yang sengit pula menghimpit.
Di tanah kelahiranku sendiri terdapat 300 buah rumah burung walit yang diusahakan oleh
warganegara dan dianggarkan bernilai jutaan ringgit. Sebanyak 70 peratus pengusaha rumah
burung walit di negeri ini berakhir dengan kegagalan.
Aku juga mengalami masalah komunikasi. Pengedar atau pembeli tidak tertarik untuk
mempercayai kebaikan dan kelebihan sarang burung walit ini. Produk yang baik gagal
dipromosikan jika tidak melalui komunikasi yang
berkesan. Tanpa komunikasi, kerjasama tidak terjalin.
I , Keputusan untuk mengedarkan produk hanya
kepada seorang dua pengedar sahaja kerana takut
menanggung risiko apabila berurusan dengan pihak
lain, telah menjejaskan pendapatanku. Mendung
terus menyelubungi hidupku apabila pengedar itu
tidak bertanggungjawab dan secara sukarela menarik
diri.
Aku mendongak mencari sinar harapan.
Dalam apa-apa perniagaan, pencarian ilmu harus
didahulukan. Pembacaan buku-buku serta sumber
Internet dan kursus yang dianjurkan oleh kakitangan
Perhilitan membekalkan banyak inspirasi. Ilmu akan
membentuk keyakinan. Melalui ilmu dan keyakinan
iii II itulah kita akan menjadi lebih tekad dan lebih tekun
untuk berjaya.
Kini, hampir 13 tahun aku bergelumang dalam
perniagaan ini. Berkat kesabaran, aku mempunyai 15
buah rumah burung walit. Setiap rumah burung walit
mampu mengeluarkan antara 10 hingga 15 kilogram
sarang burung walit sebulan dengan anggaran
pendapatan kasar sebanyak RM40 000.00 sebulan.
120

