Page 145 - Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM
P. 145
Jutawan Internet
Pengayaan
Berdasarkan bahan, lengkapkan maklumat tentang penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi dalam menjanakan pendapatan dengan membuat
Aktiviti pertimbangan yang relevan.
Menulis Blog
9
Penulisan blog dapat menghasilkan pendapatan
lumayan dengan cara memasukkan pautan iklan TEMA
ke dalam blog. Melalui pautan ini, komisen akan
diperoleh setiap kali pengunjung blog mengklik
pautan berkenaan. Blog yang mempunyai kadar
lawatan yang tinggi akan mendapat komisen yang
lumayan.
Menjual Barangan
• Barangan terpakai yang tidak digunakan lagi
boleh dijual dalam talian. Caranya dengan
hanya memuat naik gambar dan memberikan
keterangan ringkas dalam laman sesawang atau Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan
aplikasi yang digunakan.
• Anda juga boleh menjadi ejen jualan atau stokis
tanpa modal bagi produk baharu. Caranya dengan
membangunkan satu portal dalam talian sendiri,
menggunakan perkhidmatan laman sesawang
tertentu, atau menggunakan laman sosial bagi
memasarkan produk itu.
Menawarkan Perkhidmatan
Bakat dan kebolehan anda dalam pelbagai bidang
boleh diiklankan kepada pelanggan melalui medium
ini. Anda akan dapat menjanakan pendapatan sama
ada perkhidmatan itu ditawarkan secara sambilan
atau sepenuh masa.
Penggiat YouTube
YouTube terbukti telah melahirkan jutawan dari
seluruh dunia dengan meraih sebanyak mungkin
pelanggan melalui penghasilan video bermutu tinggi
secara konsisten. Pelanggan ibarat jantung kepada
penggiat YouTube. Pendapatan yang dijanakan
bergantung sepenuhnya kepada bilangan penonton. 121

