Page 188 - Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM
P. 188

Setelah membaca rencana tentang Pentadbiran Adat Suku Kaum Temuan, Amin telah
               bertemu dengan Tok Batin, iaitu Encik Ramli bin Taka, di perkampungan orang Temuan
               di Kampung Tekir, Labu, Negeri Sembilan. Amin ingin mengetahui peranan Lembaga
               Adat dalam majlis perkahwinan suku kaum Temuan, Negeri Sembilan.


                          Adat Perkahwinan Suku Kaum Temuan


              Amin:        Assalamualaikum Tok Batin. Tok sihat?
              Tok Batin:   Waalaikumussalam. Alhamdulillah, saya sihat.
              Amin:        Bolehkah Tok ceritakan serba sedikit tentang
                           adat perkahwinan kaum Temuan?
              Tok Batin:   Adat perkahwinan orang Temuan ini lebih
                           kurang sama dengan adat perkahwinan orang Melayu. Si teruna
                           akan memberitahu keluarganya jika dia berkenan kepada seseorang gadis.
                           Bapa saudara lelaki akan merisik si gadis melalui bapa saudara gadis untuk
                           mendapatkan persetujuan. Sekiranya kedua-dua belah pihak bersetuju,            12
                           maka hari pertunangan ditetapkan.
              Amin:        Bagaimanakah tatacara pertunangan, Tok?                                       TEMA
              Tok Batin:   Segala sesuatu itu ada tatacaranya, bak kata peribahasa, adat sepanjang
                           jalan, cupak sepanjang betung. Semasa hari pertunangan, pihak lelaki akan
                           menyediakan hantaran, iaitu sebentuk cincin, sepasang persalinan, dan
                           alat solek. Jika berlaku langkah bendul, iaitu si gadis itu mempunyai kakak,
                           maka si kakak berhak mendapat hantaran seperti adiknya.
              Amin:        Adakah selepas itu terus diadakan majlis kenduri?
              Tok Batin:   Eh, belum lagi! Selepas bertunang, tarikh perkahwinan akan ditetapkan. Adat
                           nikah dan belanja hangus akan ditentukan oleh pihak si gadis mengikut darjat
                           sesuatu keturunan. Bagi anak-anak daripada Lembaga Adat, adat nikah mereka
                           paling tinggi. Anak Tok Batin akan menerima adat nikah paling tinggi dan       Kebudayaan, Kesenian dan Estetika
                           barulah diikuti oleh anak Pemangku, Menteri, Tok Jenang dan Jurukerah.
              Amin:        Apakah peranan Lembaga Adat semasa majlis perkahwinan, Tok?
              Tok Batin:   Lazimnya, Lembaga Adat akan menjadi rujukan pihak perempuan sebelum,
                           semasa, dan selepas perkahwinan tetapi Jurukerah akan berperanan untuk
                           melaksanakan akad nikah. Setelah selesai akad nikah, pengantin akan
                           makan sehidangan. Pengantin lelaki akan menyuapkan nasi kepal ke mulut
                           pengantin perempuan dan juga sebaliknya. Kemudian, barulah mereka
                           makan nasi bersama-sama sepinggan. Lembaga Adat akan memberikan
                           nasihat tentang hidup berumah tangga sebelum mereka melayari bahtera
                           perkahwinan yang penuh cabaran. Pihak pengantin akan bersalaman
                           dengan semua sanak saudara dan hadirin yang hadir sebagai
                           tanda penghargaan kerana sudi memeriahkan
                           majlis mereka.
              Amin:        Terima kasih, Tok, atas penerangan yang panjang
                           lebar. Sekarang barulah saya faham.
              Tok Batin:   Sama-sama.



                                                               (Sumber: Jabatan Hal Ehwal Orang Asli)

               2.3.4 Membaca untuk membuat ulasan daripada pelbagai bahan dengan menggunakan analogi yang betul
                   dan tepat menggunakan teknik bacaan yang sesuai.
               5.2.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dalam pelbagai laras bahasa dengan betul mengikut   161
                   konteks.                                                                     &~
                                                                                                 KPM
   183   184   185   186   187   188   189   190   191   192   193