Page 200 - Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM
P. 200

Syair Jong Pecah           •-------------


                   Berkali-kali dicuba musuh,           Bangkit pahlawan demi pahlawan,
                   Negara dilanggar hendak diruntuh,    Berjuang merebut kemerdekaan,
                   Berkat bersatu rakyat teguh,         Bunga bangsa gugur terkorban,
                   Tetap berdaulat berdiri kukuh.       Harumnya lesap ditelan zaman.
                   Hinggalah sampai saat yang gelap,    Sampailah waktu rakyat jelata,
                                                                                                     I
                   Entah di mana salah dan silap,       Berpadu erat seia sekata,
                   Entah siapa lalai dan lelap,         Tahan bahaya tahan derita,
                   Rakyat berbalah daulat pun malap.    Mendaulatkan kembali negara kita.
                   Jadilah kita bangsa terjajah,        Tiga puluh tiga tahun sejak bergema,
                   Terjejas daulat tercemar maruah,     Kita merdeka dilaung bersama,
                   Politik rebeh ekonomi rebah,         Negara dan bangsa menempa nama,
                   Siang malam berhati gundah.          Banyak impian telah terjelma.
                                                                                                          13
                   Kita dijajah empat kurun,            Aduh mengapa kita berbalah,
                   Ditambah empat puluh enam tahun,     Sama sendiri berpecah-pecah,
                   Budaya dan ilmu setandus gurun,      Kenyanglah yu bila jong pecah,                   TEMA
              •    Harga diri semakin turun.            Hitamlah tanda dalam sejarah.
              I
                                                        (Sumber:  Dipetik dan diubah suai daripada
                                                                 Adibah Amin, 1995. Syair Langit
                                                                 di Tangan. Kuala Lumpur: Dewan
               , __________ _                                    Bahasa dan Pustaka)
                                                                                   --------"

                                       Pahlawan Kemerdekaan                                               Jati Diri, Warganegara Patriotik
                                            (kepada pahlawan Pahang)
                  Pahlawan!                               Pahlawan!
                  jika hilangmu tanpa pusara              untukmu derita untukmu penjara
                  jika pusaramu tanpa nama                bukan bintang tersemat di dada
                  jika namamu tanpa bunga                 semangatmu api negara berdaulat
                  penjajah mengatakan kau derhaka         namamu terukir di jantung rakyat.
                  maka kaulah pahlawan sebenarnya.
                                                          Usman Awang,
                  Gema seabad silam                       1970.
                  Inggeris datang meredah Pahang
                                                          (Sumber: Usman Awang, 1987. Puisi-puisi
                  bersama peluru bersama senapang
                                                                   Pilihan. Kuala Lumpur: Dewan
                  membunuh menangkap setiap pejuang.               Bahasa dan Pustaka)
                  Sungai Semantan berubah merah
                  bukan sarap hilir ke kuala
                  bukan rakit mudik ke hulu
                  arus merahnya menjulang mayat
                  pahlawan bangsa pahlawan rakyat
             •    tujuh liang dadanya tersayat.


                1.6.1 Mempersembahkan idea dan maklumat dalam pelbagai situasi dengan betul, tepat dan
                    jelas serta menggunakan intonasi yang sesuai secara kreatif dan bertatasusila.
                4.1.2 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalam puisi   173
                    moden dan puisi tradisional.
   195   196   197   198   199   200   201   202   203   204   205