Page 203 - Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM
P. 203
Masa Itu Emas
Pengukuhan
1. Laksanakan Pembelajaran Berbalik. Sediakan:
• Jam kadbod yang tercatat nombor 1 hingga 12.
Aktiviti • Minimum 100 keping kad soalan tentang frasa yang berkaitan dengan
tema. Soalan tersebut mestilah terdiri daripada aras rendah, sederhana,
dan tinggi. Markah ditentukan berdasarkan darjah kesukaran sesuatu
soalan.
2. Laksanakan permainan.
13
TEMA
Jati Diri, Warganegara Patriotik Kenal pasti frasa dalam ayat. Lengkapkan frasa peribahasa.
Biduk ……., …………. bertaut
Nama saya Zanariah. (2 markah)
Cara Permainan (4 markah)
Permainan ini boleh dilakukan secara berkumpulan atau secara individu.
Bilangan pemain tidak dihadkan.
Pemain dikehendaki memutarkan jarum jam. Nombor yang diperoleh
didarabkan dengan 10 saat bagi menentukan jumlah masa yang diperuntukkan
untuk menjawab soalan. Pemain boleh menjawab seberapa banyak soalan
berdasarkan aras soalan yang dipilih selagi masa belum tamat.
Soalan yang tidak dapat dijawab hendaklah diletakkan semula ke dalam
susunan kad yang belum dijawab. Soalan yang telah dijawab dengan tepatnya
hendaklah diletakkan ke dalam susunan kad yang berasingan.
Permainan dikira tamat apabila semua soalan berjaya dijawab atau peruntukan
masa telah tamat.
Pemenang dikira berdasarkan jumlah markah terkumpul yang paling banyak.
176

