Page 235 - Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM
P. 235

Indahnya Kejujuran
            Mendengar  Seni Bahasa
            dan Bertutur
                     1. Berdasarkan bahan, buat rumusan dan penilaian tentang kekuatan dan
                        kelemahan karya secara kritis dengan menggunakan ayat yang gramatis.
                     2. Persembahkan petikan novel secara langsung dengan kreatifnya dan
              Aktiviti
                        menariknya.
                     3. Baca sebuah novel. Kemudian, tulis rumusan dan penilaian novel tersebut.
                        Muat naik dalam media sosial.

                        Antara Nikmat Hidup dengan Cabaran

           Sedutan Novel 1: Silir Daksina, Nizar Parman
       16  Sepanjang perjalanan ke pekan, tiada sebutir perkataan pun yang keluar dari mulut See Hwa.
           Hanya Tauke Ong yang rancak bercakap. Tidak pula dia menyebut tentang anak gadisnya
       TEMA  yang sejak tadi membisu di tempat duduk belakang. Tidakkah dia mahu memperkenalkan
           anaknya itu kepadanya?
              “Berapa lama Haiqal di sini?”
              “Err… tak pasti lagi, pak cik. Mungkin sehingga keputusan STPM diumumkan. Saya ni
           hendak berehat-rehat di sini. Tukar angin,” jawab Haiqal.
              “Baguslah kalau begitu, Haiqal. Kampung ini, kampung Haiqal juga. Pak cik harap Haiqal
           akan berasa selesa tinggal di sini. Lagipun, banyak perkara yang akan Haiqal uruskan di sini.
           Kini sudah sampai masa untuk Haiqal meneruskannya. Segala-galanya akan pak cik serahkan
           kembali kepada Haiqal,” ujar Tauke Ong.
              ‘Apa pula yang perlu diuruskannya? Apa pula yang harus aku teruskan? Bunyinya agak
           berat,’ bisik hati Haiqal.
     Integriti     “Apa perkaranya, pak cik?”
              “Selama ini, pak ciklah yang diamanahkan oleh arwah ayah kamu untuk mengerjakan
           semua tanahnya di baruh dan di belakang rumahnya yang telah ditanami pokok kelapa sawit.
           Cuma tanah yang pak cik duduki sekarang sahaja yang masih kekal dengan pokok-pokok
           getah. Nanti pak cik serahkan buku bank yang dibuka oleh arwah ayah Haiqal atas nama
           kamu.”
              Tidak diduga sama sekali, rupa-rupanya, arwah ayahnya ada meninggalkan sesuatu
           untuknya. Betapa seharusnya dia mengucapkan terima kasih kepada Tauke Ong yang telah
           menjaga amanahnya.
              “Terima kasih banyak, pak cik.
           Tak tahulah saya hendak membalas
           budi baik pak cik dan keluarga,” kata
           Haiqal.
              “Ini amanat arwah ayah awak,
           Ha i q a l .  S e b a g a i  o ra n g  y a n g
           diberikan kepercayaan, pak cik akan
           melaksanakannya. Bukan sedikit
           jasa arwah ayah Haiqal kepada
           keluarga pak cik, hutang budi yang
           tidak akan terbayar sehingga kami
           mati,” jelas Tauke Ong.
                               (Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada Nizar Parman, Silir Daksina. hlm.
                                         154 – 156, 2010. Utusan Publications & Distributors)
       u
         208
         KPM
   230   231   232   233   234   235   236   237   238   239   240