Page 239 - Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM
P. 239
Pengurusan Integriti
Menulis
1. Dengan menggunakan bahasa berbudaya, olah maklumat daripada bahan
untuk menghasilkan pelbagai bentuk karangan lain.
Aktiviti 2. Berdasarkan bahan, cipta pantun.
3. Rancang projek pemasaran produk yang dihasilkan oleh sekolah anda.
Kerja sebagai Ibadah
Integriti sangat penting. Namun begitu, integriti tidak lahir dengan sendirinya dalam diri
setiap individu. Integriti perlu dipupuk sejak kecil melalui institusi kekeluargaan secara
turun-temurun. Oleh hal yang demikian, apabila seseorang individu mulai memasuki
16 alam pekerjaan, integriti telah pun mendarah daging. Hal ini akan memudahkan mereka
menyesuaikan diri dengan budaya kerja positif dan cemerlang di tempat kerja masing-masing
TEMA selain mengurangkan risiko untuk terjebak dalam aktiviti salah laku di tempat kerja.
Kepentingan Integriti
Integriti Indeks
Jenayah Ekonomi Pentadbiran
Menurun Meningkat Cekap
Kategori Jenis Aduan Integriti Mengikut Pecahan bagi Tahun 2014 – 2018
Jenis Aduan
Salah Guna Salah Laku Kegagalan
Tahun Kuasa/ Anggota Mengikut Lain-lain Jumlah
Penyelewengan Awam Prosedur
2014 17 18 15 3 53
2015 20 23 10 10 63
2016 22 19 10 4 55
2017 12 25 2 5 44
2018 9 17 2 1 29
Jumlah 80 102 39 23 244
(Sumber: http://www.data.gov.my/data/ms_MY)
212

