Page 36 - Sains Tingkatan 5 KSSM
P. 36

E  Kesan nilai pH terhadap pertumbuhan Bacillus sp.

                  Tujuan:               Untuk mengkaji kesan nilai pH terhadap pertumbuhan Bacillus sp.

                  Pernyataan masalah:   Apakah kesan nilai pH terhadap pertumbuhan Bacillus sp.?

                  Hipotesis:            Pertumbuhan Bacillus sp. adalah paling pesat pada nilai pH 7.


                  Pemboleh ubah:       (a)  dimanipulasikan : Nilai pH
                                       (b) bergerak balas  :  Bilangan koloni Bacillus sp.
                                       (c) dimalarkan   :  Isi padu larutan kultur Bacillus sp. dan
                                                         suhu persekitaran

                  Bahan:                Larutan kultur bakteria Bacillus sp.,
                                       agar-agar nutrien steril yang lembap,    1. Basuh tangan dengan
                                       asid hidroklorik cair, larutan          air dan sabun sebelum
                                       natrium hidroksida cair, air suling     dan selepas menjalankan
                                       dan pita selofan                        eksperimen.
                                                                             2. Pakai sarung tangan semasa
                                                                               menjalankan eksperimen.
                  Radas:                Tiga piring Petri steril dengan      3. Sterilkan semua bahan
                                       penutup berlabel J, K dan L,            buangan terlebih dahulu
                                       tiga bikar, tiga dawai gelung           sebelum dibuang.
                                       dan tiga picagari                     4. Rendam semua radas
                  Prosedur:                                                    yang telah digunakan
                                                                               dalam disinfektan selepas
                                                                               menjalankan eksperimen.
                   1.  Sediakan susunan radas (Rajah 1.31).

                                                                             3
                              3
                                                     3
                          10 cm agar-agar nutrien   10 cm agar-agar nutrien steril   10 cm agar-agar nutrien steril dan
                                                                            3
                                    3
                                                       3
                          steril dan 1 cm  air suling  dan 1 cm  asid hidroklorik cair  1 cm  larutan natrium hidroksida cair
                                  J                      K                          L
                                                         Rajah 1.31

                   2.  Ulang langkah 2 hingga 5 (Eksperimen 1.2 A) dengan cara menggantikan piring Petri A
                     dan B dengan piring Petri J, K dan L.
                   3.  Tutup piring Petri J, K dan L, dan lekatkan penutup dengan pita selofan (Rajah 1.32).

                             Campuran kultur       Campuran kultur bakteria   Campuran kultur bakteria
                             bakteria Bacillus sp.,   Bacillus sp., agar-agar   Bacillus sp., agar-agar
                             agar-agar nutrien     nutrien steril dan larutan   nutrien steril dan larutan
                             steril dan air suling   asid hidroklorik cair   natrium hidroksida cair


                                  J                       K                          L


                                                         Rajah 1.32


                   26                                                                             1.1.3
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41