Page 140 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 140
Identitiku
1. Baca bahan dengan telitinya. Kemudian, buat kesimpulan tentang
evolusi kad pengenalan.
2. Kategorikan kata hubung yang terdapat dalam bahan. Kemudian, tulis
dialog dengan menggunakan kata hubung tersebut.
3. Gambarkan penggunaan kad pengenalan pada masa akan datang dan
ceritakan ramalan tersebut.
Evolusi Kad Pengenalan
Kad pengenalan pada mulanya diperkenalkan oleh pemerintah Inggeris di Malaya melalui
Emergency [Registration Areas] Regulation 1948 bagi membendung ancaman pengganas
komunis pada tahun 1948. Kad pengenalan ini digunakan untuk tujuan pengecaman
TEMA 9 dan pengagihan beras pada zaman darurat. Oleh yang demikian, kad pengenalan yang TEMA 9
pertama ini juga dikenali sebagai “kad beras” kerana catuan makanan pada zaman darurat
memerlukan bukti pengenalan diri untuk mendapatkan beras. Walau bagaimanapun, kad
pengenalan telah melalui pelbagai perubahan selari dengan peredaran zaman. Jika dahulu
kad pengenalan hanya sekeping kertas biasa tetapi kini kad pengenalan mempunyai pelbagai
fungsi dan ciri-ciri keselamatan.
Sayangi Malaysiaku "KAD BERAS" / KAD PENGENALAN Sayangi Malaysiaku
PERTAMA BERNOMBOR SIRI 0000001
"Kad Beras" sebagai kad pengenalan diguna pakai
oleh Bapa Kemerdekaan dan dikeluarkan secara
sistematik kepada orang awam bermula pada
1 Oktober 1948.
1963-1972 1972
Kad Pengenalan Oren (Sabah) 6 digit Kad Pengenalan Plastik (Biru) Sabah 7 digit
CONTOH
1948 1960 1990 1999 2001 2012
Kad Pengenalan Kertas Kad Pengenalan Plastik Kad Pengenalan Bermutu Tinggi Kad Pengenalan Bermutu Tinggi Kad Pengenalan Pelbagai Guna MyKad Struktur Baharu
(KPP) (KPT) (KPT) versi berwarna Kerajaan (MyKad)
1949 1960 1965
Kad Pengenalan Kad Pengenalan Kad Pengenalan
(Kertas Berlipat) Sarawak (Bersalut) Sarawak (Plastik) Sarawak
118 119

