Page 135 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 135

Yang membuat Tahir semakin pening, di manakah nak cari orang kampung ramai-ramai
                    buat jadi penanggah? Sekarang bukannya tahun 1960-an, sewaktu semangat gotong-royong
                    masih tebal. Pada masa ini, kalau ada budak kena langgar motosikal di hujung kampung pun,
                    orang tidak kenal keluarga budak itu.
                       Apabila dah panggil penanggah, balainya kenalah juga didirikan. Satu, balai penanggah.
                    Satu lagi, balai jamuan. Kena tebang pokok buluh buat rangka, cari batang kelapa buat gelegar
                    lantai, batang pinang, dan daun nipah buat atap. Selepas itu, di mana nak cari orang yang
                    pandai mengait atap nipah sekarang ini. Kalau menggunakan zink sahaja, mak Tahir tentu
                    tak mahu.
                       Sebab itulah apabila Maryam merancang tema moden, Tahir bersetuju. Sebab tema itu
                    jauh lebih mudah dan murah daripada tema tradisional. Tapi, mak Tahir tak mahu. Dia tetap
                    mahu cara lama. Cara orang Melayu kita, katanya.
                       Menjelang  maghrib,  Tahir  semakin  buntu.  WhatsApp  dan  panggilan  telefon  Maryam
                    bertalu-talu tidak berani dijawabnya selagi belum menemukan jalan tengah antara kehendak
 TEMA 8             buah hati dengan permintaan ibu.                                                             TEMA 8

                       Dalam  kekalutan  itu,  Tahir  masih  sempat  menghubungi  Pak  Long  Mat  untuk  urusan
                    masak-memasak. Orang tua itu perlu diberitahu awal. Kalau tidak, merajuknya lebih susah
                    dipujuk berbanding dengan Maryam.
                       Pak  Long  Mat  dianggap  sebagai  pakar  urusan  kenduri  kahwin.  Dia  sudah  berkhidmat
                      sejak perkahwinan ayah dan mak Tahir lagi. Selok-belok, tipu-helah kenduri-kendara semua
 Dalam Lipatan Kenangan  digunakan, hari yang sesuai mahu ke hutan mencari kayu api, memilih kedai untuk membeli   Dalam Lipatan Kenangan
                    dalam  tangannya.  Daripada  urusan  menumbangkan  lembu,  jumlah  kampit  beras  mahu

                    bawang, hinggalah menentukan penjaga api kawah, semua akan dijaganya.
                       Selepas  menghubungi  Pak  Long  Mat,  Tahir  perlu  ke  rumah  Cik  Jenab  Cantik,  hendak

                    meminta dia menjadi mak andam Maryam semasa majlis di rumahnya nanti. Janda kampung
                    seberang itu pun satu hal juga; perlu ditempah awal. Jadualnya sering penuh dengan segala
                    macam majlis dari kenduri kahwin sampailah majlis berkhatan.
                       Bukan apa. Kata mak Tahir, dia mahu Maryam disanggulkan rambutnya persis dia sendiri

                    masa bersanding dulu. Yang pandai buat sanggul goyang sebegitu di daerah itu, hanya Cik
                    Jenab seorang. Kalau tak dapat Cik Jenab, alamat tak kahwinlah Tahir. Bolehlah dikatakan
                    begitu.
                       Busana pasangan pengantin pun, Cik Jenab ada koleksi lengkap. Dari Perlis sampai Johor.
                    Setakat kebaya songket, almari pertama dah jumpa. Inilah yang perlu dipakai oleh Tahir dan
                    Maryam walaupun agak panas dan fabriknya agak keras.
                       Senarai  semak  Tahir  boleh  dikatakan  hampir  lengkap.  Tapi,
                    butiran  paling  atas  sampai  sekarang  tidak  dapat  ditandanya,
                    iaitu memberitahu Maryam rancangan mak.
                        Aduh!

                       (Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada cerpen
                                     “Ala ... Emak Kahwinkan Aku!” oleh Haizir Othman
                                     dalam www.letakkepala.wordpress.com)















                                                                                                        113
   130   131   132   133   134   135   136   137   138   139   140