Page 39 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 39

Otak akan bekerja lebih lancar dan berkesan dengan bantuan vitamin. Yang berikut ialah
                    vitamin yang diperlukan untuk memelihara dan meningkatkan keupayaan otak.




                                                       •  Diperlukan untuk
                                                         penghadaman karbohidrat.
                                                Tiamin
                                               B1      •  Ditukarkan menjadi gula dan
                                                         memberikan tenaga kepada otak.
                                                        • Diperoleh daripada makanan seperti
                                                         oat dan sesetengah jenis ikan.


                                                                     •  Antara sumber makanan yang
                                                                        membekalkan vitamin ini termasuklah
                                                                Niasin
                                                               B3      ayam dan mentega kacang.
                                                                     •  Vitamin jenis ini berfungsi sebagai
                                                                       pengukuh keupayaan mental.                TEMA 2



                                                                           •  Vitamin jenis ini berfungsi
                                                                              menghasilkan ketenangan diri.
                         Vitamin                                   B6      •  Antara sumber makanan yang
                                                                             patut diambil ialah hati dan
                                                                    Pirodoksin
                           untuk                                             buah-buahan seperti pisang.

                           Minda                                            •  Membantu pembentukan sel-sel      Insan Terdidik, Negara Sejahtera
                                                                               darah yang menyalurkan oksigen
                                                                              ke otak.
                                                                  B12       •  Kekurangannya menyebabkan
                                                                              kita kerap lupa, keliru, dan tertekan.
                                                                    Kobalamin
                                                                            •  Terkandung dalam susu, hati,
                                                                              dan keju.

                                                                        •  Bertugas menyebatikan kalsium
                                                                          dan magnesium.
                                                                D       •  Penting untuk pertumbuhan mental
                                                                           serta sel-sel saraf dalam tubuh.
                                                                Kalsiferol
                                                                        • Boleh didapati daripada cahaya
                                                                           matahari dan makanan berasaskan susu.

                                                       •  Berfungsi mengarahkan sel saraf
                                                         menggunakan oksigen dengan
                                                          teratur.
                                              E        •  Antara makanan yang mengandungi
                                              Tokoferol
                                                          vitamin ini termasuklah gandum
                                                         dan bijirin.



                       1.1.1 Mendengar, mengenal, menyebut dan mengenal pasti perbezaan sebutan perkataan, rangkai kata,
                           istilah dan ungkapan dalam pelbagai ujaran dengan jelas dan betul.
 16                                                                                                      17
   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44