Page 11 - Fizik Tingkatan 4 KSSM
P. 11
Laman Informasi
Pengukuran memainkan peranan yang penting dalam penyiasatan
fenomena alam dan penciptaan pelbagai peralatan moden untuk
menyelesaikan masalah kehidupan. Penciptaan peralatan moden
yang canggih seperti GPS (Global Positioning System), seismometer,
komputer, telefon pintar dan sebagainya membantu manusia dalam
pelbagai bidang.
GPS merujuk kepada sistem yang menentukan kedudukan
seseorang atau suatu tempat. GPS menentukan kedudukan melalui
pengukuran masa dan jarak menggunakan satelit yang mengelilingi
Bumi. Kejituan dalam pengukuran masa dan jarak adalah amat
penting dalam GPS untuk menentukan kedudukan dengan tepat.
Cara GPS berfungsi
http://bit.
ly/2U3AtWF
Standard Pembelajaran
dan Senarai Rumus Bab 1
3

