Page 16 - Fizik Tingkatan 4 KSSM
P. 16

Kuantiti Skalar dan Kuantiti Vektor                                  iNFO
                                                                                      KERJA Y A
              Rajah 1.5 menunjukkan dua situasi semasa Pendidikan
              Jasmani. Dalam kedua-dua situasi tersebut, guru mengarahkan      Metrologi melibatkan
              murid-murid untuk berlari sejauh 50 meter. Apakah perbezaan      penyelidikan yang teliti
                                                                               mengenai pengukuran
              antara situasi 1 dan situasi 2?
                                                                               dan piawaian. Ramai
                                                                               saintis menggunakan
                                                                               teknologi pengukuran
                                     Murid-murid, sila berkumpul di tengah     yang sangat canggih
                                     padang dan lari mengikut arahan saya.     untuk penentuan
                                                                               piawaian unit asas.
                                                                               Di negara kita, SIRIM
                                                                               diamanahkan untuk
                                                                               menyediakan semua
                                                                               piawaian pengukuran.













                 Situasi 1                                           Situasi 2



                         Lari sejauh 50 meter.                                Lari sejauh 50 meter
                                                                              ke arah pokok itu.




















                                     Rajah 1.5 Dua situasi semasa Pendidikan Jasmani

                    Kuantiti skalar ialah kuantiti fizik yang mempunyai magnitud sahaja manakala kuantiti
              vektor ialah kuantiti fizik yang mempunyai magnitud dan arah. Sekarang, cuba anda mengenal
              pasti situasi yang menghuraikan kuantiti skalar dan kuantiti vektor dalam Rajah 1.5 di atas.


                8                                                                              1.1.4
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21