Page 128 - Fizik Tingkatan 4 KSSM
P. 128
Keseimbangan Terma dalam Kehidupan Harian
Keseimbangan terma menyebabkan dua objek yang bersentuhan secara terma mencapai suhu
yang sama. Rajah 4.3 menunjukkan contoh keseimbangan terma dalam kehidupan harian.
Memanaskan Objek Menyejukkan Objek
Udara panas di dalam Apabila makanan disimpan
ketuhar bersentuhan di dalam peti sejuk, haba dari
secara terma dengan makanan mengalir ke udara
adunan kek. Haba dari di dalam peti sejuk sehingga
udara panas mengalir keseimbangan terma berlaku.
ke adunan kek. Hal ini Suhu makanan menurun dan
menyebabkan adunan makanan kekal segar untuk
kek dipanaskan tempoh yang lebih lama.
sehingga masak.
Termometer klinik Minuman disejukkan
diletakkan di bawah dengan menambahkan
lidah pesakit. beberapa ketulan ais.
Haba dari badan Ais menyerap haba
pesakit mengalir ke dari minuman dan
termometer sehingga melebur. Cairan dari
suhu kedua-duanya ais pula menyerap
menjadi sama. Suhu haba dari minuman
badan pesakit dapat sehingga mencapai
ditentukan kerana keseimbangan terma.
keseimbangan
terma berlaku.
Rajah 4.3 Keseimbangan terma dalam kehidupan harian
Aktiviti 4.2 KIAK KMK
Tujuan: Membincangkan situasi dan aplikasi keseimbangan terma dalam kehidupan harian
Arahan:
1. Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan.
2. Dapatkan maklumat mengenai situasi dan aplikasi lain keseimbangan terma dalam
kehidupan harian. Maklumat tersebut boleh didapati dari sumber bacaan atau carian di
laman sesawang.
3. Kemudian, bincangkan mengenai pengaliran tenaga haba yang berlaku sehingga
keseimbangan terma dicapai.
4. Persembahkan hasil perbincangan kumpulan anda dalam bentuk peta pemikiran.
122 4.1.1

