Page 133 - Fizik Tingkatan 4 KSSM
P. 133
Bab 4
Haba
Muatan Haba Tentu Bahan
Rajah 4.9 menunjukkan seorang jurutera bahan sedang membuat
pertimbangan untuk memilih satu logam yang sesuai sebagai bahan EduwebTV: Muatan Haba
pembinaan bangunan. Logam itu mestilah mempunyai sifat lambat Tentu
menjadi panas. Oleh sebab muatan haba suatu logam bergantung
http://bit.
pada jisim objek itu, perbandingan antara logam yang berlainan
ly/2RTah1D
perlu dibuat berdasarkan muatan haba bagi 1 kg setiap logam.
Sifat ini dikenali sebagai muatan haba tentu, c.
Logam yang manakah
lambat menjadi panas?
Rajah 4.9 Seorang jurutera bahan membandingkan muatan haba tentu antara logam yang berlainan
Muatan haba tentu, c bagi suatu bahan ialah kuantiti haba yang diperlukan
untuk menaikkan suhu sebanyak 1°C bagi jisim 1 kg bahan itu.
Q
c = , iaitu Q = kuantiti haba yang dibekalkan (J)
m∆θ
m = jisim (kg)
∆θ = perubahan suhu (°C atau K)
–1
–1
Unit bagi c = J kg °C atau J kg K –1
–1
Kuantiti haba, Q yang diserap atau dibebaskan oleh suatu objek boleh
ditentukan menggunakan rumus Q = mc∆θ.
Sebagai contoh, muatan haba tentu bagi logam aluminium INFO
Bestari
–1
–1
ialah 900 J kg °C . Hal ini bermaksud 1 kg logam aluminium Bestari
memerlukan 900 J haba untuk meningkatkan suhunya sebanyak 1°C.
Muatan haba,
Q
C =
∆θ
Muatan haba tentu,
Q
c =
m∆θ
127
4.2.2 127

