Page 186 - Fizik Tingkatan 4 KSSM
P. 186
Melakar dan Mentafsir Graf Gelombang
Rajah 5.16 menunjukkan profil suatu gelombang pada satu ketika yang tertentu.
Arah perambatan
Kedudukan keseimbangan
Sumber
gelombang
Rajah 5.16 Profil gelombang melintang
Zarah-zarah sepanjang gelombang itu berayun ke atas dan Simulasi profil gelombang
ke bawah sekitar kedudukan keseimbangan. Imbas QR code yang
diberi untuk memerhati perubahan sesaran zarah-zarah tersebut. http://bit.
Dua jenis graf boleh dilukis untuk perubahan sesaran zarah ly/2YmePTI
gelombang, iaitu graf sesaran melawan masa dan graf sesaran
melawan jarak.
Aktiviti 5.5 KMK
Tujuan: Melakar graf sesaran melawan masa dan graf sesaran melawan jarak
Arahan:
1. Jalankan aktiviti ini secara berpasangan.
2. Imbas QR code untuk memerhati kaedah melakar graf Video kaedah melakar graf
sesaran melawan masa dan graf sesaran melawan jarak.
sesaran melawan masa
3. Lakar graf sesaran melawan masa bagi suatu gelombang
yang mempunyai ciri berikut: http://bit.
Amplitud, A = 5 cm ly/2SduBxq
Tempoh, T = 0.4 s
4. Lakar graf sesaran melawan jarak bagi suatu gelombang
yang mempunyai ciri berikut: Video kaedah melakar graf
Amplitud, A = 5 cm sesaran melawan jarak
Panjang gelombang, λ = 4 cm
http://bit.
ly/2Hydked
180 5.1.5

