Page 217 - Fizik Tingkatan 4 KSSM
P. 217

Bab 5
                                                                                            Gelombang
               Interferens dengan Sumber Gelombang Koheren
               Interferens gelombang ialah superposisi dua atau lebih gelombang dari sumber gelombang
               yang koheren. Dua sumber gelombang adalah koheren apabila frekuensi kedua-dua gelombang
               adalah sama dan beza fasa adalah tetap. Superposisi gelombang menghasilkan interferens
               membina dan interferens memusnah.



                        Interferens membina berlaku apabila dua puncak bersuperposisi untuk menghasilkan
                                                 satu puncak yang tinggi.

                     Sebelum superposisi           Semasa superposisi             Selepas superposisi

                     P          Q                                                   Q          P

                                      A                            2A                               A



                                              Sesaran paduan = A + A = 2A

                                      Rajah 5.55 Interferens membina antara dua puncak


                          Interferens membina juga berlaku apabila dua lembangan bersuperposisi untuk
                                           menghasilkan lembangan yang dalam.


                    Sebelum superposisi            Semasa superposisi             Selepas superposisi

                                      –A                                                            –A
                                                                   –2A
                     P          Q                                                 Q          P

                                           Sesaran paduan = (–A) + (–A) = –2A

                                    Rajah 5.56 Interferens membina antara dua lembangan


                       Interferens memusnah berlaku apabila satu puncak dan satu lembangan bersuperposisi
                                          untuk menghasilkan sesaran paduan sifar.
                    Sebelum superposisi            Semasa superposisi             Selepas superposisi

                     P                                                                        P
                           A                                                                        A

                                      –A                                   –A
                                Q                                                  Q
                                              Sesaran paduan = A + (–A) = 0

                            Rajah 5.57 Interferens memusnah antara satu puncak dengan satu lembangan

                 5.6.1                                                                           211
   212   213   214   215   216   217   218   219   220   221   222