Page 221 - Fizik Tingkatan 4 KSSM
P. 221

Bab 5
                                                                                            Gelombang
               Melukis Corak Gelombang Interferens
               Interferens gelombang air, cahaya dan bunyi boleh dianalisis dengan melukis corak interferens
               seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.63. Titik P  dan  Q  ialah antinod, iaitu titik berlakunya
               interferens membina. Titik R ialah nod, iaitu titik berlakunya interferens memusnah.


                                                   Garis antinod


                                                                    Titik P:       +       =
                S
                 1
                                                     Garis nod
                                                                    Titik Q:       +       =

                                       P    Q                       Titik R:       +       =
               a                                     Garis
                                                     antinod
                                             R
                                                                    Penunjuk:
                                                     Garis nod
                S                                                        dan     Puncak
                 2
                                                                         dan
                                                                                 Lembangan
                                                                                 Antinod
                                                                                 Nod


                                           Rajah 5.63 Corak interferens gelombang


                        Aktiviti 5.20


                Tujuan: Melukis corak interferens gelombang
                Radas: Jangka lukis, pensel warna dan pembaris
                Bahan: Kertas putih A4

                Arahan:
                1.  Jalankan aktiviti secara berkumpulan.
                2.  Lukiskan corak interferens A seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.63.
                    Gunakan ukuran berikut:
                   •  Jarak di antara sumber-sumber koheren, a = 4 cm.
                   •  Muka-muka gelombang dengan jejari 1 cm, 2 cm, 3 cm, 4 cm, 5 cm, 6 cm dan 7 cm.
                3.  Pada rajah yang anda lukis dalam langkah 2:
                    (a)  Tandakan semua titik antinod dan titik nod
                    (b)  Lukiskan tiga garis antinod dan dua garis nod
                4.  Lukiskan corak interferens yang kedua B dengan ukuran yang berikut:
                   •  Jarak di antara sumber-sumber koheren, a = 6 cm.
                   •  Muka-muka gelombang dengan jejari 1 cm, 2 cm, 3 cm, 4 cm, 5 cm, 6 cm dan 7 cm.





                 5.6.2                                                                           215
   216   217   218   219   220   221   222   223   224   225   226