Page 223 - Fizik Tingkatan 4 KSSM
P. 223

Bab 5
                                                                                            Gelombang
                3.  Daripada Corak 1 dan Corak 2:                                              5.6.3
                    (a)  Tentukan pemboleh ubah yang dimalarkan.
                    (b)  Apakah hubungan antara x dengan a?
                4.  Daripada Corak 2 dan Corak 3:
                    (a)  Apakah pemboleh ubah yang dimalarkan?
                    (b) Bandingkan λ.
                    (c)  Apakah hubungan antara x dengan λ?
                5.  Daripada Corak 3, tentukan hubungan antara x dengan D.



                    Dalam corak interferens gelombang air, bunyi dan cahaya, pemboleh ubah λ,  a,  x  dan  D
               saling bergantung kepada satu sama lain. Melalui Aktiviti 5.21, kita dapat menghubung kait
                                                            λD
               antara empat pemboleh ubah tersebut sebagai x =   . Daripada hubung kait ini, kita memperoleh
                                                            a
               panjang gelombang, λ melalui rumus,
                                                           ax
                                                       λ =
                                                            D

               Menyelesaikan Masalah yang Melibatkan Interferens Gelombang

                 Contoh 1

                Rajah 5.65 menunjukkan dwicelah           Dwicelah Young     Skrin lut cahaya
                Young menghasilkan corak interferens      a = 0.4 mm
                pada skrin. Jarak di antara pinggir
                cerah yang bersebelahan ialah 4.5 mm.                                       Pinggir cerah
                                                                                            Pinggir gelap
                Berapakah panjang gelombang cahaya
                yang digunakan?                                                            x = 4.5 mm
                                                    Sumber cahaya
                  Penyelesaian:
                                                                       D = 3.0 m
                Pemisahan celah, a = 0.4 mm
                                                             Rajah 5.65 Eksperimen dwicelah Young
                                  = 0.4 × 10  m
                                           –3
                Jarak di antara pinggir cerah bersebelahan, x = 4.5 mm
                                                         = 4.5 × 10  m
                                                                  –3
                Jarak di antara skrin dengan dwicelah, D = 3.0 m

                                       ax
                Panjang gelombang, λ =
                                        D
                                               –3
                                                         –3
                                       (0.4 × 10 )(4.5 × 10 )
                                     =
                                                3.0
                                     = 6.0 × 10  m
                                              –7
               5.6.3    5.6.4



                 5.6.3  5.6.4                                                                    217
   218   219   220   221   222   223   224   225   226   227   228