Page 240 - Fizik Tingkatan 4 KSSM
P. 240

Aktiviti 6.1                                                       KIAK  KMK

               Tujuan: Membandingkan indeks biasan bahan yang berbeza dan menghubungkaitkan indeks
                      biasan bahan dengan ketumpatan optik bahan berkenaan
               Arahan:
                1. Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan.
                2. Dapatkan maklumat dari sumber bacaan atau Internet mengenai indeks biasan untuk
                  beberapa bahan yang berbeza seperti udara, air, minyak masak, ais, kaca, intan dan
                  bahan-bahan lain.
                3. Kemudian, bincangkan:
                  (a)  Hubung kait indeks biasan bahan tersebut dengan ketumpatan optik
                      bahan berkenaan.
                  (b)  Apakah faktor fizik yang mempengaruhi nilai indeks biasan suatu bahan?
                  (c)  Apakah bahan yang mempunyai nilai indeks biasan paling tinggi?
                4. Persembahkan hasil perbincangan kumpulan anda.



              Hukum Snell                                    Jadual 6.1 Indeks biasan bagi beberapa medium
              Jadual 6.1 menunjukkan indeks biasan bagi             Medium         Indeks biasan
              beberapa medium. Rajah 6.5 pula menunjukkan
                                                               Vakum dan udara         1.00
              perambatan sinar cahaya dari air ke dalam tiga
              medium yang berlainan.                           Minyak zaitun           1.46
                                                               Perspeks                1.50
                                                               Kaca (crown)            1.52
                                                               Kaca (flint)            1.66

                                                               Intan                   2.42








                        50°                            50°                           50°
               n  = 1.33                      n  = 1.33                     n  = 1.33
                1                    Air       1                   Air       1                    Air
               n = 1.50          Perspeks     n = 1.66            Kaca      n = 2.42            Intan
                2                              2                             2
                       42.8°                                      (flint)
                                                     37.9°
                                                                                   24.9°



                        Rajah 6.5 Perambatan sinar cahaya dari air ke dalam tiga medium yang berlainan






               234                                                                       6.1.2  6.1.3
   235   236   237   238   239   240   241   242   243   244   245