Page 254 - Fizik Tingkatan 4 KSSM
P. 254

Aplikasi Pantulan Dalam Penuh dalam Kehidupan Harian

                                             Periskop berprisma
                       A A                     Digunakan untuk melihat objek di sebalik penghalang.
                                               Terdiri daripada dua buah prisma bersudut tegak yang
                                                dipasang pada dua hujung tiub yang panjang.
                Objek
                       B     C
                                               Sinar cahaya dari objek menuju secara normal ke sisi AB
                                                prisma atas melalui bukaan periskop. Sinar cahaya sampai
                                                ke permukaan AC tanpa pembiasan. Sudut tuju ialah 45°
                                                dan lebih besar daripada sudut genting prisma, iaitu 42°.
                                                Maka, pantulan dalam penuh berlaku di sisi AC dan cahaya
                                                dipantulkan ke bawah.
                                               Sinar cahaya yang dipantulkan merambat secara normal ke sisi
                       D     E   Pemerhati
                                                DE prisma bawah. Sekali lagi, sinar cahaya mengalami pantulan
                                                dalam penuh di sisi DF. Akhirnya, sinar cahaya keluar tanpa
                                                pembiasan di sisi EF dan masuk ke mata pemerhati. Imej yang
                Penghalang   F F  Imej          terhasil adalah tegak dan sama saiz dengan objek.
                                objek


                                                                                  Penyalut
                 Gentian optik

                 Banyak digunakan dalam bidang telekomunikasi                   Teras
                  dan perubatan.
                 Terdiri daripada gentian plastik atau kaca yang tulen.
                 Teras dalam yang mempunyai indeks biasan yang tinggi
                  dibalut oleh penyalut dengan indeks biasan yang rendah.
                                                                                       Pembalut yang
                 Isyarat cahaya yang memasuki satu hujung gentian optik               mempunyai indeks
                  akan mengalami pantulan dalam penuh berturut-turut   Teras yang      biasan yang rendah
                  di dalam teras sehingga sampai ke hujung yang satu lagi.   mempunyai indeks
                  Dengan ini, maklumat dapat dihantar dengan pantas dan   biasan yang tinggi
                  bebas daripada gangguan isyarat elektrik.
                                                                    Isyarat cahaya


                                                                                    iNFO
                                  Sinar cahaya   Pemantul mata jalan                   KERJA Y A
                                  masuk          Digunakan untuk tujuan
               Pantulan dalam                                               Doktor menggunakan endoskop
               penuh berlaku                      keselamatan pengguna
                                  Sinar cahaya    jalan raya pada           untuk melihat dan memeriksa
                                  keluar                                    bahagian dalam tubuh manusia.
                                                  waktu malam.
                                                                            Jurutera pula menggunakan
                                                 Sinar cahaya daripada     gentian optik untuk membuat
                                                  lampu kereta yang
                                                                            pemeriksaan dalam mesin
                                                  memasuki pemantul ini
                                                                            kompleks. Pakar komunikasi
                                                  akan mengalami pantulan
                                                                            menggunakan gentian optik
                                                  dalam penuh
                                                  pada permukaan            untuk penghantaran data
                                                                            dengan pantas.
                                                  belakang pemantul.
                              Rajah 6.24 Aplikasi pantulan dalam penuh dalam kehidupan harian
               248                                                                             6.2.3
   249   250   251   252   253   254   255   256   257   258   259