Page 183 - Matematik Tambahan Tingkatan 4 KSSM
P. 183

Ibrahim Ibn Sinan (908-946 SM) merupakan
                                                                   seorang ahli matematik dan astronomi dari
                                                                   Harran yang terletak di utara Mesopotamia.
                                                                   Beliau mula membuat kajian tentang bidang
                                                                   geometri dan astronomi pada usia 15 tahun
                                                                   dan menulis hasil kajiannya yang pertama
                                                                   pada usia 16 tahun. Beliau meneruskan
                                                                   penyelidikan Archimedes berkaitan luas,
                                                                   isi padu dan khususnya tangen kepada
                                                                   suatu bulatan.
                                                                            Untuk maklumat lanjut:







                                                                                bit.ly/2PE09Zf








                                                                         SIGNIFIKAN BAB INI

                                                                    Dalam bidang pembinaan, geometri
                                                                    koordinat digunakan untuk membuat lakaran
                                                                    sesebuah bangunan.
                                                                    Ahli astrofi zik menggunakan geometri
                                                                    koordinat untuk menentukan jarak di
                                                                    antara planet.
                                                                    Bidang penerbangan menggunakan
                                                                    geometri koordinat untuk menentukan sudut
                                                                    yang terlibat dalam setiap laluan pesawat.







                     Penggunaan aplikasi navigasi GPS
                     (Global Positioning System) membolehkan
                     kita mencari kedudukan tempat yang ingin       Imbas kod QR ini untuk
                     dituju dengan mudah dan pantas. Tahukah        menonton video tentang
                     anda bahawa navigasi GPS menggunakan           aplikasi GPS.
                     idea geometri koordinat  yang dikenali
                     sebagai World Geodetic System (WGS 84)
                                                                                          bit.ly/2PG4GdZ
                     untuk menentukan kedudukan sesuatu
                     tempat di permukaan bumi?

                                                                                                  175
   178   179   180   181   182   183   184   185   186   187   188