Page 317 - Matematik Tambahan Tingkatan 4 KSSM
P. 317

Asas (Base) Jika a ialah suatu nombor dan     Garis serenjang (Perpendicular line) Dua
                                                        n
                     ditulis dalam bentuk kuasa, contohnya a ,    garis yang bersilang antara satu sama lain
                     maka a ialah asas.                           pada sudut tegak.
                 Beza sepunya (Common difference)              Indeks (Index) Jika a ialah suatu nombor, n
                                                                                              n
                     Pemalar yang ditambah kepada sebutan         ialah suatu integer positif dan a , maka n
                     sebelumnya untuk membentuk satu              ialah indeks.
                     janjang aritmetik.                        Indeks harga (Price index) Ukuran statistik
                 Domain (Domain) Set unsur yang dipetakan         yang digunakan untuk menunjukkan
                     kepada set unsur yang lain melalui           perubahan harga pada masa tertentu.
                     satu hubungan.                            Janjang (Progression) Urutan nombor atau
                 Fungsi (Function) Satu hubungan khas             jujukan yang terbentuk dengan menambah
                     dengan setiap objek dalam domain             atau mendarab satu pemalar kepada sebutan
                     dihubungkan dengan hanya satu imej           sebelumnya (kecuali sebutan pertama).
                     dalam kodomain.                           Julat (Range) Subset bagi kodomain yang
                 Fungsi diskret (Discrete function) Fungsi        mengandungi semua imej yang telah
                     dengan titik-titik pada graf ialah titik     dipetakan oleh objek dalam domain.
                     nyata yang terpisah dan tidak bersambung   Kes berambiguiti (Ambiguous case) Dua
                     dengan garis atau lengkung.                  segi tiga boleh dilukis menggunakan satu
                 Fungsi gubahan (Composite function) Fungsi       set maklumat yang sama.
                     yang menggabungkan dua atau lebih fungsi.  Ketaksamaan kuadratik (Quadratic
                 Fungsi kuadratik (Quadratic function)            inequality) Ketaksamaan dengan satu
                                               2
                     Fungsi dalam bentuk f(x) = ax  + bx + c,     ungkapan kuadratik dalam satu pemboleh
                     dengan a, b dan c ialah pemalar dan a ≠ 0.   ubah di sebelah dan sifar di sebelah yang
                 Fungsi satu dengan satu (One to one              satu lagi.
                     function) Fungsi dengan setiap objek      Konjektur (Conjecture) Ramalan yang belum
                     dalam domain mempunyai hanya satu            dibuktikan tetapi kelihatan benar. Jika
                     imej dalam kodomain.                         terdapat bukti yang mencukupi, ramalan
                 Fungsi selanjar (Continuous function)            itu akan menjadi teorem atau formula.
                     Fungsi dengan titik-titik pada graf       Kodomain (Codomain) Set unsur yang
                     yang disambungkan dengan garis atau          sebahagiannya dipetakan daripada set
                     lengkung dalam selang tertentu.              unsur domain.
                 Fungsi songsang (Inverse function) Fungsi     Kuantiti vektor (Vector quantity) Kuantiti
                     yang memetakan setiap imej dalam fungsi      yang mempunyai magnitud dan arah.
                     itu kepada objeknya.                      Kuasa (Power) Jika a ialah suatu nombor
                 Garis lurus penyuaian terbaik (Best-fit          dan n ialah suatu integer positif, maka
                                                                   n
                     straight line) Garis lurus terbaik yang      a  ialah suatu nombor kuasa dan disebut
                     dilukis daripada titik-titik yang tidak      a kuasa n.
                     menghasilkan garis lurus yang sempurna.   Logaritma (Logarithms) Logaritma suatu
                 Garis selari (Parallel line) Dua atau lebih      nombor positif N kepada asas a yang
                     garis yang mempunyai kecerunan               positif ialah indeks bagi a, iaitu jika
                     yang sama.                                   N = ax, maka log  N = x.
                                                                                 a
                                                                                                  309
   312   313   314   315   316   317   318   319   320