Page 5 - Matematik Tambahan Tingkatan 4 KSSM
P. 5

Buku Teks Matematik Tambahan Tingkatan 4 KSSM ini ditulis berdasarkan Dokumen Standard
                 Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Matematik Tambahan Tingkatan 4. Kurikulum Standard
                 Sekolah Menengah (KSSM) Matematik Tambahan bermatlamat untuk membentuk individu yang

                 berfikrah matematik, kreatif dan inovatif serta berketerampilan.
                     Kandungan buku teks ini menyepadukan enam tunjang kerangka KSSM, mengintegrasikan
                 pengetahuan,  kemahiran  dan  nilai  serta  menerapkan  secara  eksplisit  Kemahiran  Abad  Ke-21

                 dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Buku teks ini menggabungjalinkan kepelbagaian
                 strategi  pengajaran  dan  pembelajaran  yang  membolehkan  murid  memahami  kandungan  secara
                 mendalam  serta  mengasah  pemikiran  ke  aras  yang  lebih  tinggi.  Melalui  penggunaan  buku  ini
                 secara menyeluruh, murid akan terlibat secara aktif melalui pembelajaran berasaskan inkuiri yang
                 melibatkan pengalaman, penyiasatan dan penerokaan.
                     Elemen  Merentas  Kurikulum  (EMK)  seperti  penggunaan  bahasa  pengantar  yang  betul,
                 nilai-nilai  murni,  semangat  patriotik,  literasi  sains  dan  teknologi,  kreativiti  dan  inovasi,
                 keusahawanan,  teknologi  maklumat  dan  pendidikan  kewangan  diterapkan  secara  menyeluruh
                 dalam penghasilan kandungan buku teks ini. Pendekatan STEM juga diaplikasikan dalam buku ini
                 sebagai persediaan murid untuk menghadapi cabaran dan berdaya saing di peringkat global.





                 Halaman Rangsangan
                 •  Mengandungi  foto  yang  menarik  dan  teks  yang  berkaitan  dengan  kehidupan  seharian  yang
                   merangsang pemikiran murid.
                 •  Mengandungi Standard Kandungan dalam ‘Apakah yang akan dipelajari?’, tujuan pembelajaran

                   dalam ‘Signifikan bab ini’, sejarah atau informasi am mengenai bab dalam ‘Tahukah Anda?’ dan
                   Kata Kunci dalam dwibahasa.


                                                     Kod QR pada kulit depan buku mengandungi huraian
                                                     tema buku, biodata penulis serta maklumat dan fakta
                                                     yang dikemas kini (sekiranya ada).


                   Inkuiri 1                        Aktiviti yang melibatkan murid secara individu,
                                                    berpasangan atau berkumpulan yang menggalakkan
                   Berpasangan  Berkumpulan  Individu
                                                    murid terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran.
                                                    Menyediakan soalan-soalan untuk menguji kefahaman
                          Latih Diri 1.1
                                                    murid mengenai konsep yang dipelajari.

                                                    Mengandungi soalan-soalan untuk menentukan
                        Latihan Intensif 1.1        penguasaan murid terhadap topik yang dipelajari.






                                                                                                   v
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10