Page 9 - Matematik Tambahan Tingkatan 4 KSSM
P. 9

Perkataan fungsi mula diperkenalkan oleh
                                                                   ahli matematik Perancis, Rene Descartes
                                                                   pada tahun 1637. Menurutnya, fungsi ialah
                                                                   sebarang kuasa positif integer bagi
                                                                   pemboleh ubah x.
                                                                       Leonhard Euler (1707-1783), ahli
                                                                   matematik Switzerland pula menyatakan
                                                                   bahawa fungsi ialah sebarang persamaan
                                                                   atau rumus yang melibatkan pemboleh
                                                                   ubah dan pemalar. Ideanya tentang fungsi
                                                                   ini serupa dengan fungsi yang dipelajari
                                                                   sekarang.
                                                                            Untuk maklumat lanjut:







                                                                                bit.ly/2Lk8SBI





                                                                         SIGNIFIKAN BAB INI

                                                                 Fungsi menyediakan model matematik yang
                                                                 mudah dan tepat untuk mewakili suatu situasi
                                                                 dan menyelesaikan masalah yang dihadapi di
                                                                 sekeliling kita. Misalnya:
                                                                    Tinggi seseorang, h adalah fungsi bagi
                                                                    panjang tulang pahanya, f. Dengan
                                                                    menggantikan nilai f ke dalam fungsi h,
                                                                    pakar forensik dapat menganggar ketinggian
                                                                    mayat berdasarkan panjang tulang pahanya.
                                                                    Pegawai bank menggunakan konsep fungsi
                                                                    untuk mengira faedah yang dikenakan bagi
                                                                    suatu pinjaman dan seterusnya mengira
                                                                    pembayaran secara ansuran dalam
                                                                    pembelian rumah, kenderaan, pinjaman
                                                                    peribadi atau perniagaan pelanggannya.





                                                                    Imbas kod QR ini
                                                                    untuk menonton video
                                                                    mengenai Proton X70.

                                                                                          bit.ly/2Rnu0Zh
                                                                                                   1
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14