Page 77 - Matematik Tambahan Tingkatan 4 KSSM
P. 77
Penyelesaian kepada sistem persamaan
linear dalam tiga pemboleh ubah boleh
diperoleh dengan menggunakan kaedah
penghapusan Gauss. Kaedah ini telah dicipta
oleh Friedrich Gauss, seorang ahli matematik
berbangsa Jerman pada sekitar tahun 1810.
Kaedah ini ialah satu kaedah alternatif jika
anda tidak mempunyai kalkulator grafi k
atau perisian.
Untuk maklumat lanjut:
bit.ly/2LkM5pk
SIGNIFIKAN BAB INI
Bidang kejuruteraan menggunakan sistem
persamaan untuk menyelesaikan masalah
melibatkan voltan, arus dan rintangan.
Jurutera bidang bioperubatan, kimia, elektrik,
mekanikal dan nuklear menggunakan sistem
persamaan untuk mendapatkan ukuran
pepejal dan cecair.
Imbas kod QR ini
untuk menonton video
tarian tradisional kaum
Kadazandusun di Kampung
Kebudayaan Monsopiad.
bit.ly/2FNZjXk
69

