Page 4 - PERKARA SAM'IYYAT AQIDAH TAHUN 6 SKPHT
P. 4

PERKARA-PERKARA SAM’IYYAT




                                               ALAM BARZAKH



             Ialah alam kubur yang dihadapi oleh semua manusia

             sebelum dibangkitkan kelak pada hari kiamat. Dalam

                 alam ini, semua manusia akan didatangi oleh malaikat


             Munkar dan Nakir serta menghadapi soalan-soalan



             kubur. Allah menjanjikan  nikmat atau azab

             bergantung pada amalan semasa di dunia.





                                              PADANG MASYAR


              Ialah tempat perkumpulan semua makhluk Allah


                 setelah dibangkitkan daripada kubur. Semua makhluk


              Allah akan dihidupkan semula dan berkumpul di sini


              untuk menerima pengadilan atas perbuatan mereka

              di dunia sama ada yang baik atau buruk. Keadaan di


              padang masyar sangat dasyat sehingga enimbulkan

                 rasa sangat takut dan cemas. Dalam sebuah hadis ada


              menceritakan keadaan matahari yang sangat terik


              berada hampir di kepala sehingga manusia


              ditenggelami peluh mereka sendiri. Para nabi, rasul

              dan orang soleh sahaja berada dalam keadaan aman

              dan tenang.
   1   2   3   4   5   6   7   8