Page 5 - PERKARA SAM'IYYAT AQIDAH TAHUN 6 SKPHT
P. 5
MIZAN
Ialah timbangan amalan yang akan dilalui oleh semua
manusia. Sesiapa yang berat timbangan amalannya
maka beruntunglah mereka. Jika timbangan
amalannya merteka ringan, mereka tergolong dalam
golongan ahli neraka. Timbangan seseorang itu
menjadi berat kerana amalan kebaikan yang dilakukan
semasa hidup di dunia.
SIROT
Ialah titian yang merentangi neraka jahanam yang
akan dilalui oleh semua manusia. Hanya ornag
beriman dan bertakwa sahaja akan Berjaya melintasi
titian ini dengan selamat untuk menuju ke syurga.
Hadis nabi menyebut kepantasan melintasinya
bergantung kepada amal soleh semasa hidup di dunia.
Ada yang melintas sepantas kilat dan ada juga yang
tidak berjaya melintas lalu jatuh ke dalam neraka.
Mereka adalah orang-orang yang mengingkari
perintah Allah.

