Page 3 - e-portfolio pendidikan islam
P. 3
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasulnya kemudian mereka tidak
meragu- ragukan”.
•Kepercayaan dan keyakinan itu mestilah pula diikuti bersama dengan perkataan ataupun
kepatuhan hati serta kemahuan untuk mempraktikkan segala hukum atau suruhan dengan penuh
rasa rela tanpa sebarang bantahan.
Ciri-Ciri Aqidah Yang Salah (Fasad)
Akidah yang salah adalah sesuatu iktikad atau kepercayaan yang bercanggah dengan nas-nas
syariah dari al Quran dan as Sunnah.
Akidah yang berpunca dari akal pemikiran manusia semata-mata ataupun penyelewengan aqidah
yang sahih yang diselewengkan menurut akal fikiran hawa nafsu seperti mana yang terdapat dalam
aqidah Yahudi, Nasrani, golongan tarikat yang menyeleweng, ahli falsafah, golongan batiniah dan
lain-lain lagi.
1.2 KEPENTINGAN AQIDAH
Berhubung dengan persoalan aqidah dalam kehidudupan seharian seseorang muslim, maka perlu
dinyatakan bahawa aqidah merupakan perkara yang cukup asas dan mendasar sekali. Ia bagaikan
batang yang subur kepada sepohon pokok iaitu semua dahan dan ranting pokok berkenaan amat
memerlukannya bagi mendapatkan ruang untuk tumbuh dan berkembang di atasnya. Demikianlah
tamsilnya apabila aqidah yang benar dan tidak terseleweng yang diperlukan oleh seseorang manusia
untuk menjadikan asas bagi membolehkan semua amalan kebaikan sehariannya yang dilakukannya
demi untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. diterima dengan baik
Di antara kepentingan aqidah dalam kehidupam muslim ialah:
•Untuk memperolehi keyakinan yang mantap tentang kewujudan Allah s.w.t. dan kesempurnaan
sifat-sifatNya berdasarkan dalil-dalil naqli dan aqli sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah al
Ikhlas : 1-4 yang bermaksud: “Katakanlah (ya Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah yang Maha Esa.
Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk itu memohon sebarang hajat. Ia tidak beranak dan
tidak diperanakkan dan tidak ada sesiapa yang serupa denganNya.”
3

