Page 158 - high performance school_Neat
P. 158

Kenangan geliga




                Geliga unik seperti pelajarnya,
                Pelbagai manusia berbeza-beza,

                Tunggang- terbalik kelas jadinya,

                Tapi apakan daya hadam sahaja.



                Sentiasa menjadi harapan semua,

                Tapi kami beshe-beshe sahaja,

                Malas kuasa sepuluh itulah realitinya,
                Sentiasa mencari jalan benar walaupun tak jumpa.




                Murid geliga sukar dikawal,
                Seorang melompat, seorang berguling,

                Istighfar sahaja sesiapa yang kenal,

                Terus terkesima sambil menggeleng.



                Perwatakan luaran janganlah dinilai,

                Rupanya kami ni rajin lah juga,

                Malu nak tunjuk dipendam dalam diri,
                Akan ditunjukkan apabila sampai masanya.




                Tiga tahun bersama maka berpisahlah jua,
                Walaupun tak rela diikutkan sahaja,

                Tetapi kita sentiasa  bersama ,

                Jangan dilupa kenangan yang dicipta.
   153   154   155   156   157   158   159   160   161   162   163