Page 162 - high performance school_Neat
P. 162
Persahabatan
Perpisahan
Memang tiada siapa yang menginginkannya
Membuatkan kita menitiskan air mata
Tetapi menyedarkan kita supaya
Lebih menghargai
Lebih menyayangi
Seseorang insan yang bergelar sahabat
3 tahun bersama
Membawa sesuatu makna yang tidak boleh digambarkan
Kerana sudah bersatu hati seperti keluarga
Perpisahan yang akan tiba
Menimbulkan pelbagai persoalan
Mampukah kita untuk mencari rakan yang lebih baik
Rakan yang akan menyayangi dan menerima kita seadanya
Hasrat terpendam jangan dipendam
Jika ingin luahkan luahkanlah
Jika ingin menangis menangislah
Jika ingin ketawa ketawalah
Kerana pernah tedetikkah di fikiran kita
Mungkin ini kali terakhir kita melakukannya dengan mereka
Dan sentiasa mencipta memori sehingga detik yang terakhir
Belajarlah menghargai sahabat
Belajarlah menghargai setiap detik bersamanya
Masa yang dibazir dengan persahabatan yang tidak mengenal
erti hanyalah sia-sia
Kerana percayalah
Masa yang telah berlalu tidak boleh diputar kembali
Dan yang tinggal hanyalah penyesalan

