Page 53 - high performance school_Neat
P. 53

SAHABATKU










                                   N U R   A I N U L   N A J I H A H   M O H A M A D



                                         Buah manggis sungguh enak sekali,

                                         Lalu dipetik Si Anak Raja Bakawali,

                                     Tiga Berlian menjadi sebutan berkali-kali,

                                        Pelajarnya perempuan semua sekali.



                                      Perahu naga berlayar ke Kampung Hulu,

                                         Berhenti sebentar untuk berehat,  

                                           Tiga tahun sudah masa berlalu,

                                           Kenangan indah kekal terpahat.



                                            Sopan-santun Si Puteri Zahra,

                                            Anak puteri permaisuri Hawa,

                                            Kami semua anak-anak dara,

                                             Cantik di mata juga di jiwa .



                                         Kalau melancong ke Negeri Kedah,

                                         Singgah sebentar di Gunung Jerai,

                                            Maki hamun pastinya sudah ,

                                          Namun kami tidak bercerai-berai.



                                               Dua tiga kucing berlari,

                                          Mana nak sama si Kuncing Siam,

                                               Hilang nanti sukar dicari,

                                      Iaitu kawan sejati yang bukannya talam.
   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58