Page 50 - high performance school_Neat
P. 50
Ungkapan Rasa
Riezai Nursyazlyn Mohd Rizaki
Kenangan ,
Sebuah madah kehidupan
yang semua makhluk akan lalui , rasai dan ingati
memang jelas bahawa kenangan itu
terlalu mudah untuk kita ukirkan
melalui warna persahabatan , lukisan kasih
sayang dan tulisan keikhlasan
namun setiap corak kenangan yang kita ukirkan
terlalu sukar untuk kita padamkan
kerana kudrat yang terlalu lemah
gagal memutarkan jarum minit yang
berdetik seiring dengan kenangan .
Luka ,
Apabila sebuah luka mula menapak di dalam jiwa
maka terhasillah satu kesan
satu kesan yang jika tiada pengubatnya
akan terus menghidupkan
pepohon peristiwa
peristiwa yang jika kita siramkan dengan air
keegoan , baja kasih sayang dan
cahaya keikhlasan
maka terhasillah sebuah sejarah
sejarah yang terus menerus kita hafali
dan tanpa kita sedar itulah kenangan
yang hadir ibarat air yang mengalir
di dalam jasad kita .

