Page 17 - SKJT INDICATOR 2022
P. 17

       Guru bertugas perlu membuat persediaan awal sebelum perhimpunan. Pastikan
                       murid disusun mengikut aras ketinggian(rendah di depan), kerusi guru disusun dan

                       sistem siaraya berfungsi sebelum perhimpunan bermula.


                             Murid yang hadir LEWAT semasa perhimpunan/bacaan Yassin perlu disusun
                       di bahagian belakang(sudut kanan).


               3.  TIDAK HADIR
                             Jika  guru  tidak  dapat  hadir  bertugas  disebabkan  sakit/kecemasan,dia

                       hendaklah  memaklumkan  perkara  ini  kepada  Guru  Besar  terlebih  dahulu  atau
                       Penolong Kanan Pentadbiran.


                             Keberadaan semua guru @ MMI Guru perlu dilaporkan kepada PKP sebelum
                       pukul 9 pagi (kecuali kecemasan) untuk dimuatnaik ke dalam sistem operasi PPD dan

                       JPN.


                             Sijil Akuan Sakit@MC hendaklah diserahkan selewat-lewatnya sehari selepas
                       tidak hadir bertugas kepada Guru Besar.


               4.  PAKAIAN
                         Pakaian  Guru  tertakluk  kepada  Pekeliling  Ikhtisas  Kementerian  Pelajaran

                          Malaysia Bil9/1995 dan Bil.7/2001.
                         Guru  lelaki  mestilah  memakai  tali  leher  dan  tanda  nama  sewaktu  perhimpunan

                          rasmi.
                         Pakaian guru hendaklah kemas dan menutup aurat supaya menjadi contoh teladan

                          kepada murid-murid.



               5.  SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


                         Dokumen Rekod Mengajar disediakan dengan lengkap dan perlu dihantar pada
                          setiap Hari Khamis di pejabat.


                         Dokumen Rekod Mengajar mesti dibawa bersama semasa PdP dijalankan.


                         Guru perlu masuk ke kelas tepat pada waktunya dan menggantikan guru-guru yang
                          tidak hadir ke sekolah.


                         Guru hendaklah memeriksa buku-buku latihan/aktiviti murid secara konsisten.





                                                           17
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22