Page 19 - SKJT INDICATOR 2022
P. 19

  Semua guru perlu mencapai kata sepakat secara berhemah dan bijaksana semasa
                          menguruskan kelas.


               10. BILIK-BILIK KHAS


                        Semua guru yang menjaga Bilik Khas hendaklah memastikan semua alatan di bilik
                       tersebut  dalam  keadaan  selamat,  bersih  dan  teratur.Senarai  alatan  dan  perabot

                       hendaklah ditampal di dalam bilik tersebut.

                             Sekiranya  guru  Bilik  Khas  menyediakan  perkhidmatan    kepada  murid,  satu

                       jadual penggunaan bilik hendaklah disediakan dan ditampal di pintu bilik tersebut.


                             Murid TIDAK DIBENARKAN berada di dalam Bilik Khas tanpa pengawasan
                       guru berkaitan.


                             Satu Salinan kunci Bilik Khas hendaklah disimpan di kotak kunci pejabat sekolah

                       pada setiap masa.

               11. MAKAN/MINUM WAKTU PERSEKOLAHAN


                     Guru-guru  TIDAK  DIBENARKAN  KELUAR    dari  kawasan  sekolah  untuk  tujuan
                       makan/minum  pada  waktu  persekolahan.  Gunakan  sepenuhnya  kemudahan  yang

                       disediakan oleh pihak kantin.


                     Urus  masa  dengan  BIJAK.  Gunakan  tempoh  masa  makan/minum  dengan  kadar
                       sewajarnya iaitu pada waktu tidak mengajar “FREE PERIOD” sahaja dan tidak terlalu
                       lama.


                     Sebarang bentuk JAMUAN/MAJLIS mesti mendapat KEBENARAN Guru Besar terlebih

                       dahulu.

               12. PEMBELIAN


                     Sebarang  Pembelian    peralatan/bahan/alat  bantu  mengajar  hendaklah  dibuat

                       dengan kebenaran Guru Besar. Ketua Panitia dikehendaki mengisi Nota Minta sebelum
                       membuat  pesanan  setelah  mendapat  persetujuan  daripada  Guru  Besar.  Setiap

                       alatan yang dibeli mestilah direkodkan ke dalam Buku Stok Panitia masing-masing.
                       Buku stok tersebut perlu disimpan di galeri fail pejabat.








                                                           19
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24