Page 4 - SKJT INDICATOR 2022
P. 4
MUTIARA KATA GURU BESAR
ميحرلا نمحرلا الله مسب
هتاكربو الله ةمحرو مكيلع ملاسلا
Guru-guru dan staf yang dikasihi dan dirahmati Allah SWT,
Segala puji hanya bagi Allah SWT dan selawat serta salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad
SAW. Bersyukur ke hadratNya kerana kita menjadi satu keluarga untuk sesi persekolahan tahun
2022/23. Terima kasih kerana memilih untuk berada di SK Jeram Tekoh,Gua Musang dan bersedia
untuk bertugas dengan saya, bersama-sama menongkah arus perjuangan pendidikan yang suci dan
murni demi kecemerlangan anak-anak didik SKJT.
Alhamdulillah, sama-samalah kita memanjat kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah
dan kurniaNya maka kita berjaya menzahirkan JERAM TEKOH INDICATOR (JTI) untuk tahun 2022/23
ini. Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua unit dan AJK kerana telah
berusaha bersungguh-sungguh memberi sokongan bagi penyediaan JTI ini. JTI digubal untuk memenuhi
hasrat bagi menjayakan enam aspirasi murid iaitu; melahirkan insan yang berpengetahuan, mempunyai
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), kemahiran memimpin, kemahiran dwi bahasa, etika dan kerohanian
serta beridentiti nasional.
Sebagai guru pada zaman yang mencabar ini, kita perlu berazam dan berusaha sedaya mungkin bagi
menghadapi apa yang sebut sebagai Generasi Y, iaitu generasi yang 90% mempunyai komputer riba,
82% memiliki telefon bimbit, menerima atau menghantar SMS. Mereka menghabiskan masa berhubung
secara online daripada menonton televisyen. Mereka bersifat individualistik, yakin, bercita-cita tinggi,
terbuka, global, bebas, dan kaya dengan pelbagai maklumat. Keadaan sudah pasti tugas guru semakin
berat dan kompleks. Jadi, guru harus mengharungi zaman ini dengan bijak dan berhikmah.
“It’s not the strongest of the species that survives,nor the most intelligent, but the one most responsive to
change.” Darwin.
Guru harus menyahut dan merealisasikan transformasi dalam pendidikan. Apabila kita menyebut institusi
sekolah, kita tidak boleh lari daripada mempersoal tentang peranan guru dan murid. Jadi, mengurus
perubahan harus bermula di bilik darjah. Tranformasi perlu diiringi dengan perubahan strategi P&P
dalam bilik darjah. Sejauh mana murid faham dan seronok belajar? Guru juga harus memupuk dan
menjana perubahan sikap dan tingkah laku pelajar mengikut kehendak dan aspirasi negara. Akhirnya
kita ingin melahirkan murid SKJT sebagai Modal insan yang mempunyai kecemerlangan ilmu,
berpersonaliti unggul, kemahiran berfikir tahap tinggi dan mengamalkan budaya tinggi. Hal ini
demikian kerana, ‘There is no magic formula for improving school system performance : requires repeated
practice and learning. Will power, discipline and persistence are required for school system reform’.
Selamat menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan DEDIKASI. INI SEKOLAH
KITA, INI RUMAH KITA, INI KELUARGA KITA, KITA YANG MEMILIKINYA. Sama-samalah kita
berdoa agar setiap perlakuan kita hanya bersama ALLAH SWT agar REDHA dan RAHMATNYA
sentiasa disamping kita.
“Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu
serendah mutiara di lautan.”
RASHDAN BIN AB. RAHMAN
GURU BESAR
4

